IQNA

Pemikir Iraq dalam perbualan dengan IQNA:

Hazrat Ali (AS) membawa pengalaman berharga dalam pemerintahan Islam kepada Ummah

16:01 - March 22, 2025
Berita ID: 3106126
IQNA - Menyatakan bahawa pengalaman tadbir urus Islam Imam Ali (AS) adalah model global, HujatulIslam al-Shammari «حجت‌الاسلام الشمری» menekankan: Pengalaman hazrat Imam (AS) telah menjadi hadiah kepada negara; piawaian dan ukuran bagi setiap sistem yang berusaha untuk mewujudkan negara berkeadilan ilahi.

Laporan IQNA - Sheikh Haidar al-Shammari «شیخ حیدر الشمری» seorang profesor di Hauzah Ilmiah Najaf Ashraf dan universiti Iraq, dan seorang penyelidik dalam bidang gerakan agama ekstremis, membincangkan keperibadian dan kebaikan Guru Orang-orang beriman, Hazrat Ali (AS) «مولای متقین، حضرة علی(ع)», dalam temu bual dengan IQNA.

Beliau menjelaskan tentang peranan Imam Ali (AS) dalam melindungi identiti Islam: "Jika kita ingin bercakap tentang Imam Ali (AS) dan bagaimana dia melindungi identiti agama Islam, kita akan dapati banyak jawatan yang diambil olehnya yang bermula dari hari-hari pertama selepas dakwah Nabi Islam (SAW). Hazrat Ali (AS) membela Nabi Islam (SAW) dan menjadi penyokongnya. Dia adalah orang pertama yang beriman kepada Nabi (SAW) dan mujahid dan pejuang pertama di samping Rasulullah (SAW) Baginda adalah seorang mujahid yang memberikan segala yang boleh diberikan oleh manusia untuk agama, kepercayaan, dan keimanannya.

Al-Shammari menyambung: "Hazrat Ali (AS) melindungi identiti sebenar agama Islam dalam pelbagai jawatan." Beliau (AS) tidak mempertahankan hak khilafah dalam arena politik kerana percaya ini boleh membawa kepada keruntuhan Umat Islam dan konflik politik, dan boleh membawa kepada pelbagai masalah keselamatan dan sosial, yang akan menggoncangkan akidah umat Islam dan menimbulkan masalah lain, atas sebab ini, beliau (AS) mengabdikan diri untuk melindungi agama Islam dan identiti Islam, walaupun beliau tidak percaya kepada khalifah mereka yang berkuasa sebelum beliau.

Al-Shammari menyambung: Sebenarnya, Amirul Mukminin (AS) menumpukan segala usahanya untuk melindungi asas agama Islam dan identiti sebenar agama ini. Ini adalah walaupun pada hakikatnya beliau (AS) adalah seorang Imam yang maksum dan sangat mengetahui bahawa khalifah adalah haknya dan bahawa beliau adalah satu-satunya orang selepas Rasulullah (SAW) yang mampu mengurus masyarakat dan lebih layak menggantikan Rasulullah (SAW).

Al-Shammari berkata tentang ciri-ciri pemerintahan Imam Ali (AS), yang berasal dari isu Imamiahnya: Nabi (SAW) menjelaskan garis Imamah, yang bermula dengan Imam Ali (AS). Garis ini adalah selaras dengan garis kenabian dan dalam kesinambungan jalan para nabi sebelum Nabi (SAW), yang diutuskan untuk membimbing manusia. Tetapi Amirul Mukminin (AS) mempunyai ciri-ciri tertentu dalam hal ini, dan apabila beliau dilantik menjadi Imam oleh Rasulullah (SAW), beliau melaksanakan banyak jawatan dan ciri-ciri khusus dalam pemerintahannya.

Profesor universiti itu menambah: Apabila Hazrat Ali (AS) memimpin negara, ia tidak bermakna bahawa dia adalah seorang pemimpin politik, tetapi sebaliknya bahawa dia adalah seorang Pelanjut kepemimpinan umat Islam dan melanjutkan pemberian hidayah kehidupan umat manusia«مُصلح», terutamanya walaupun keadaan yang telah menyebabkan kerajaan Islam dan negara mundur selepas kewafatan Nabi (SAW). Pada masa itu, khalifah-khalifah sebelum baginda tidak mempunyai kompetensi yang cukup untuk memahami tanggungjawab yang dipikul, khususnya pada zaman pemerintahan Uthman, apabila banyak masalah yang timbul, baik dari segi keselamatan mahupun sosial, serta keadaan politik yang menjadi tidak stabil. Oleh itu, pendekatan Hazrat Ali (AS) adalah pendekatan reformis (pembaharuan) dan Imam Ali (AS) ingin mengubah masyarakat yang rosak pada masa itu dan mengembalikannya kepada masyarakat di zaman Nabi Islam (SAW). Kerana beliau (AS) adalah pengganti Nabi (SAW) dan pewaris sah kepada khilafah selepas Nabi (SAW), dan juga nasab Imam Ali (SAW) adalah selaras dengan nasab kenabian Rasulullah (SAW).

Al-Shammari meneruskan: Tindakan Imam Ali (AS) adalah sedemikian rupa sehingga agama Islam akan diteruskan berdasarkan apa yang dibawa oleh Nabi (SAW), dan atas sebab ini, Imam Ali (AS) memimpin kerajaannya berdasarkan logik bahawa ia adalah kesinambungan dari jalan Nabi (SAW) dan bahawa Imam Ali (AS)  adalah pengganti yang sah dan mempunyai kecekapan untuk menguruskan hal-ehwal berdasarkan etika Rasulullah (SAW).

Mengenai persoalan apa yang Imam Ali (AS) tawarkan kepada Islam semasa Imamahnya, beliau menyatakan: Imam Ali (AS) memberikan kita perkara yang paling penting semasa pemerintahannya, iaitu pengalaman memerintah semasa pemerintahan Ali (AS); Pengalaman ini adalah model dan kriteria untuk menilai setiap kerajaan di dunia, dan melalui pengalaman ini, ahli teologi boleh mengambil langkah seperti Ali (AS).

Al-Shammari menegaskan: Model pemerintahan Islam Imam Ali (AS) mengatakan bahawa pemerintahan Islam boleh berlaku di bumi dan kerajaan Islam boleh ditubuhkan. Hazrat Ali (AS) melakukan perkara yang sama dan dapat menubuhkan kerajaan ini berdasarkan piawaian ajaran Islam.

Pengkaji agama ini menyatakan: Apabila Imam Ali (AS) menubuhkan kerajaannya dengan cara ini, dia memberi peluang yang besar kepada bangsa dan menunjukkan bahawa Islam mempunyai kebolehan untuk mengurus masyarakat ini, dan pengalaman ini menjadi contoh kepada pemimpin lain yang ingin mengikuti jejak Rasulullah (SAW). Oleh itu, pemerintahannya telah menjadi piawai dan ukuran bagi mana-mana sistem yang ingin mewujudkan keadaan berkeadilan ilahi. Hasilnya, Imam Ali (AS) dapat membawa model perintis ini kepada negara Islam. Beliau bukan sahaja melaksanakan model ini dalam kerajaannya, malah turut membentangkan kaedah pemerintahan secara terperinci dalam ucapan dan arahannya kepada gabenor seperti Malik Ashtar Nakhaei «مالک اشتر نخعی».

Syeikh Al-Shammari menyatakan tentang pencapaian beradaban (tamadun) «تمدن» Imam Ali (AS) untuk manusia: "Tidak boleh dikatakan bahawa produk yang dibentangkan oleh Imam Ali (AS) adalah hasil pengalaman manusia, kerana saya percaya bahawa Nabi Islam (SAW) telah melantik Imam Ali (AS) sebagai penggantinya, oleh itu Imam Ali (AS) adalah pengganti yang sah secara syariat Nabi (SAW) dan Nabi tidak pernah bercakap atas nama peribadinya tetapi Nabi (SAW) bercakap atas perintah Tuhan yang diwahyukan olehNya.

Dia menambah: Al-Quran juga menekankan bahawa Nabi Islam (SAW) bercakap hanya bagi pihak Tuhan Yang Maha Esa. Dan apabila kita percaya kepada kemaksuman dan keimamahan Ali (AS), kita percaya bahawa dia adalah penyempurna jalan Nabi Islam dan juga jalan nabi-nabi lain, dan bahawa dia tidak melakukan apa-apa untuk dirinya sendiri, melainkan semua tindakannya adalah atas perintah Allah Taala, dan dia adalah Imam yang maksum. Oleh itu, kami tidak percaya bahawa tindakan para maksum adalah seperti manusia biasa, tetapi tindakan para maksum adalah benar-benar berdasarkan wahyu Tuhan, dan terdapat banyak tempat yang memberi kesaksian mengenai isu ini.

Beliau menambah: Hadis Nabi (SAW) untuk umat sepeninggalnya yang bermaksud: 
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang berat, jika kamu berpegang dengan keduanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, kitabullah dan keluargaku". Hadis ini jelas perintah berpegang kepada orang-orang maksum dari keluarga Nabi (SAW). Sebaliknya, Imam Ali (AS) bukanlah seorang ahli falsafah, ulama, atau pemikir biasa, malah beliau adalah seorang Imam yang maksum, dan kata-katanya tidak lain kecuali daripada Tuhan Yang Maha Esa, dan terdapat banyak hadis tentang ini, kalau manusia bukan maksum yang terdapat kemungkinan kesesatan padanya, sudah tentu Nabi (SAW) tidak akan memberi jaminan tidak akan sesat jika umat mengikutinya. Imam Ali (AS) itu adalah bukan manusia biasa, tetapi beliau adalah manusia yang maksum.  

Haidar Al-Shammari, merujuk kepada Surah Al-Qadr, berkata: Imam Ali (AS) ditanya malaikat manakah yang dimaksudkan oleh malaikat dalam Surah ini? Dia berkata: Malaikat yang paling agung ialah Jibril, yang pernah bersama Rasulullah (SAW) dan bersama kita semua. Hasilnya, jelaslah bahawa Imam Ali (AS) dan semua Imam yang maksum tidak melakukan sesuatu tanpa izin Allah Taala.

Mengenai kedudukan Nahjul-Balaghah dalam pemikiran manusia, beliau berkata: "Tidak syak lagi, semua pencapaian Imam Ali (AS) adalah sangat besar dan mulia, dan semua kata-kata dan pernyataannya dalam Nahjul-Balaghah adalah mesej dan kaedah manusia yang dicipta oleh Imam Ali (AS) dalam pelbagai dimensi moral, sosial, politik, dan lain-lain program untuk mana-mana pemerintah yang ingin memerintah berdasarkan jalan dan kaedah kebenaran dan keadilan."

Syeikh Al-Shammari berkata: "Ini hanyalah satu contoh nasihatnya, sedangkan terdapat banyak syor dalam Nahj al-Balaghah." Selain itu, setiap kata-kata mutiaranya mengutarakan pandangan yang jelas tentang pelbagai isu, contohnya, ada yang berkisarkan tentang hubungan sosial, ada yang berkisarkan soal pendidikan dan moral. Ini bermakna pemikiran manusia memerlukan cadangan yang penuh dengan kaedah dan nilai kerja. Dalam Nahjul-Balaghah juga terdapat sistem nilai yang memberikan pandangan yang jelas tentang manusia.

Hazrat Ali (AS) membawa pengalaman berharga dalam pemerintahan Islam kepada Ummah

Profesor Hauzah ilmiah dan universiti itu kemudiannya menerangkan tentang hadis daripada Nabi Muhammad (SAW) yang mengatakan: "Ali bersama Al-Quran dan Al-Quran bersama Ali." Terdapat banyak ayat yang secara eksplisit menyebut keutamaan Hazrat Ali (AS) secara bersendirian atau sebagai pujian kepada Ahlulbayt (AS), malah terdapat hampir 70 ayat yang secara eksplisit menyebut kedudukan, akhlak, dan etika Imam Ali (AS). Sebaliknya, Nabi (SAW) bukan sahaja telah mengatakan hadith ini, tetapi juga banyak hadith lain tentang Ali (AS), kerana Imam Ali (AS) adalah penafsir praktikal pertama hukum Islam, Al-Quran, dan perintah Tuhan Yang Maha Esa. Maknanya, beliau seorang yang telah melaksanakan ajaran Islam dan Al-Quran dalam masyarakat.

Beliau menyimpulkan dengan menyatakan: "Pada pendapat saya, Amirul Mukminin Ali (AS) adalah penafsir praktikal ayat-ayat Allah Taala dan Al-Quran."

 

4261881

captcha