IQNA

8 Syawal; Ulang tahun

Kemusnahan tanah perkuburan tertua Madinah

14:58 - April 07, 2025
Berita ID: 3106214
IQNA - Mari kita tinjau Kisah Baqi' «بقیع» tanah perkuburan tertua Madinah al-Munawarrah «مدینه منوره», sebelum tragedi pengrosakkannya oleh penganut ideologi pelampau; Tapak ziarah Islam yang bersejarah di Madinah itu, yang mengandungi makam-makam tokoh-tokoh Islam selain makam para Imam suci Ahlulbayt Nabi (SAW) dan Syi'ahnya, juga memuat kuburan tokoh-tokon sunni.

Laporan IQNA; Hari ini, 8 Syawal bersamaan, menandakan ulang tahun kemusnahan Tanah Perkuburan Baqi oleh puak Wahabi rejim Al Saud. 

Walaupun pemusnahan tanah perkuburan ini berlaku dalam beberapa peringkat, namun pada 8 Syawal 1344 Hijrah Qamari (16 Mordad 1295HS), setelah Ibn Saud menguasai kembali kota Madinah, tapak ziarah ini telah musnah sama sekali. Sebelum kemusnahannya, kubur Baqi' terletak di bawah kubah dan mempunyai ruang makam suci untuk diziarahi.

Makam para Imam Ahlulbayt Nabi (SAW) di wilayah Baqi' terletak di sebelah baratnya, di mana 4 orang Imam Syiah; Imam Hassan Mujtaba (a.s.) «امام حسن مجتبی(ع)», Imam Ali Sajjad (a.s.) «امام علی السجاد (ع)», Imam Muhammad Baqir (a.s.) «امام محمد الباقر(ع)», dan Imam Jafar Sadiq (a.s.) «امام جعفر الصادق(ع)» berdiri sebelah menyebelah. Beberapa meter dari kubur suci ini adalah makam bapa saudara tercinta Nabi Muhammad (SAW), hazrat Abbas bin Abdul Muthalib (ra) «عباس».

Perkuburan Baqi' adalah salah satu tanah perkuburan tertua di Madinah, dan di samping Imam-imam yang maksum (a.s.), dikatakan bahawa tokoh-tokoh Sunni dan tokoh-tokoh terkemuka sejarah Islam dikebumikan di sana, termasuk Uthman ibn Affan «عثمان بن عفان», khalifah ketiga dan pengumpul mushaf Al-Quran, dan Aisyah « عایشه», isteri Nabi (SAW).

Juga kubur beberapa isteri Nabi (SAW) yang lain, serta kuburan hazrat Fatimah binti Asad « فاطمه بنت اسد»; Ibu kepada Hazrat Ali ibn Abi Talib (AS) «حضرت علی بن ابی‌طالب», Hazrat Umm al-Banin «حضرت ام البنین»; Ibu kepada Hazrat Aba al-Fadl al-Abbas (ra) «اباالفضل العباس(ع)» dan beberapa tokoh besar Islam yang lain terletak di pekuburan Baqi'. Orang yang pertama Ansor «انصار» dikebumikan di Baqi' ialah Asaad bin Zurarah ««اسعد بن زراره»», dan orang muhajirin «مهاجرین» yang pertama dimakamkan di Baqi' ialah Uthman bin Maz'un «عثمان بن مظعون».

Banyak juga hadis yang menekankan keutamaan pengebumian di Baqi', dan Nabi (SAW) diperintahkan oleh Allah untuk memilihnya sebagai tempat perkuburan bagi orang Islam selepas berhijrah ke Madinah, untuk mengebumikan orang Islam yang wafat di sana, serta mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan ini.

Bab al-Baqi' «باب البقیع»; adalah salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi (SAW) di dinding timur masjid, bersebelahan dengan Bab Jibreel «اب جبرئیل», menghadap ke Baqi' dan bertentangan dengan Bab al-Salam «باب السلام». Sebab nama tanah pekuburan ini al-Baqi' « البقیع» adalah sebab pintu masuk ke Masjid Nabawi (SAW) «مسجد النبی(ص)» ini menghadap ke Tanah Perkuburan Baqi.

Ulama Syi'ah selain memprotes pemusnahan Baqi', juga telah menulis karya mengkritik asas Wahhabisme dan pemusnahan tempat suci. 

Termasuk kitab Kashf al-Artyab «کتاب کشف الاِرتیاب», karangan Seyyed Mohsen Amin «سید محسن امین», dan Da'wat al-Huda «دعوة الهدی», karangan Mohammad Javad Balaghi «محمدجواد بلاغی». Ada yang mengatakan bahawa Wahabi adalah golongan pertama yang memusnahkan tempat-tempat keagamaan dengan menggunakan dalih keagamaan secara serampangan.

 

4275031

captcha