IQNA

Analisis;

Islam Agama yang sempurna menuntun kehidupan manusia dan alam semesta/1

7:49 - May 08, 2025
Berita ID: 3106369
IQNA - Dengan kemampuan akal-fikiran seseorang boleh mempertimbangkan dihadapan argument/perdebatan pelbagai statment/pernyataan yang didedahkan sama ada berdasarkan teks kitab suci atau bukan yang merujuk kepada perbicaraan kuasa agama untuk membimbing dan menuntun kehidupan manusia dan alam semesta, jika semua teks dan perilaku serta penetapan sumber-sumber Islam dibandingkan dengan sumber lain, pasti seseorang akan mendapati bahwa sumber Islam jauh lebih komplit, sempurna dan memiliki potensi yang dinamik; Sifatnya yang berkembang, menjadikan ia berperanan penting dalam usaha serta langkah membangunkan dan memajukan umat manusia ke arah kesempurnaan tujuan penciptaannya, yang tidak akan boleh dimiliki oleh statment lain daripada Islam.

Pada peluang ini saya akan membentangkan alasan-alasan logik mengenai akuan tajuk analisis tersebut di atas; bahawa "Islam Agama yang sempurna menuntun kehidupan manusia dan alam semesta", alasan-alasan ini sangatlah banyak, oleh itu saya akan membentangkan secara berkala yang dimulai dari alasan-alasan rasional, sebelum kita memetik ayat kitab suci dan hadis-hadis para maksumin dan ulama spesialis dan orang ramai yang mencapainya dari pengalaman mereka sebagai sumber-sumber utama dan sekunder bagi statment Islam.

Rasional/logika/akal

Akal adalah bekalan utama diri manusia yang ada dalam dirinya yang semula jadi diberikan oleh Pencipta manusia, Kerja akal adalah berfikir; menjaring maklumat dari luar dan dalam diri untuk menjawab ketiadaan pengetahuan dan memberi jawapan dari soalan-soalan yang timbul dari dalam diri atau mengoreksi syubuhat-syubuhat dan kesalahan berfikir sama ada kesilapan berfikir diri atau terhadap kesalahan argument orang lain yang dikata tidak rasional berargument sehingga jadi pengetahuan yang boleh diyakini kebenarannya, yang dengan pengetahuan itu bersama maklumat-maklumat yang menumpuk dalam diri dikenal pasti secara analisis dan disusun serta dipisah-pisahkan untuk membentuk pengetahuan baru yang sesuai dengan keperluan dan soalan yang dibentangkan oleh logika manusia.

Berdasarkan analisis saya terhadap statment; "Islam Agama yang sempurna menuntun kehidupan manusia dan alam semesta"; salah satu alasan logiknya adalah begini;

Pertama Metode induksi adalah menarik kesimpulan dari yang umum ke khusus;

  • Semua agama yang benar dan sempurna menuntun kehidupan manusia dan alam semesta sebagai ajaran Tuhan yang maha segala-galanya
  • Islam adalah agama ajaran Tuhan yang maha segala-galanya
  • Maka Islam agama yang benar dan sempurna menuntun kehidupan manusia dan alam semesta.

*Siri kajian Sekhah Ali; "Mengenal Haq dan Batil".

captcha