Laporan IQNA, memetik sumber dari Al-Kafeel «الکفیل»; Makam Suci Abbasiyah sempena kedatangan bulan Muharram tahun 1447 Hijrah, telah memulakan penganjuran majlis Azadari Husaini (berkabung untuk Imam Husain a.s) di Jerman.
Sayyid Ahmad Al-Radhi, wakil Makam Abbasiyah di Eropah berkata:
"Majlis ini diadakan di bandar Göttingen, Jerman, sebagai memperingati kesyahidan Imam Husain (a.s), dan akan berterusan sehingga hari ke-10 Muharram."
Beliau menambah bahawa program majlis ini merangkumi:
Bacaan Al-Quran
Ziarah kepada Sayyid al-Syuhada’ (a.s)
Pembacaan syair-syair dan ratapan kesyahidan Imam Husain
Solat berjemaah
Al-Radhi turut menjelaskan bahawa setiap malam dalam 10 malam pertama Muharram, ceramah agama akan disampaikan dalam bahasa Jerman. Selain itu, beliau dan pasukan dari makam suci juga menyediakan hidangan makanan kepada para peserta majlis sebagai satu bentuk layanan dan penghormatan kepada para pencinta Ahlul Bait.
4291451