IQNA

Kenyataan Masyarakat al-Quran Berikutan Ucapan Biadab Trump terhadap Pemimpin Tertinggi Iran

14:44 - July 01, 2025
Berita ID: 3106640
IQNA - Masyarakat al-Quran Republik Islam Iran dengan tegas mengecam kenyataan biadab dan berunsur ugutan Presiden Amerika Syarikat terhadap kedudukan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah al-Udzma Imam Khamenei (semoga dilindungi Allah SWT). Mereka mengisytiharkan bahawa demi mempertahankan Imam al-Quran mereka, mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak, dan sekiranya merasakan adanya sebarang ancaman daripada musuh keji, mereka akan menggerakkan segala kekuatan dan sumber mereka bukan sahaja di Iran, malah di seluruh dunia, untuk menghancurkan fitnah musuh-musuh durjana ini.

بسم الله الرحمن الرحیم

Umat Islam kini berada di ambang salah satu fasa paling sensitif dan menentukan dalam sejarah mereka. Dalam situasi ini, kedudukan suci Marja'iyyah agama, tonggak utama gerakan perlawanan dan tiang penyatu umat iaitu Ayatullah al-Udzma Imam Khamenei «حضرت آیت‌الله‌العظمی امام خامنه‌ای(دام ظله‌الوارف)» (semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT), telah menjadi sasaran penghinaan yang belum pernah berlaku dan ancaman nyata oleh Presiden Amerika yang tidak waras dan suka berjudi. Tindakan biadab ini berpunca daripada kesombongan buta, kejahilan yang berlapis serta kesilapan strategik pihak keangkuhan global dan Zionisme antarabangsa, yang berusaha secara terdesak untuk melemahkan poros perpaduan umat dan meruntuhkan kekuatan spiritual serta politik umat Islam.

Tindakan ini bukan sahaja melanggar prinsip asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, malah merupakan serangan terbuka terhadap Islam, maruah umat, serta warisan pengetahuan dan peradaban berabad-abad lamanya.

Al-Quran al-Karim, sebagai kitab suci dan petunjuk abadi manusia, memberi amaran tegas dalam menghadapi kezaliman seperti ini:

إِنَّ الَّذِینَ یَکْفُرُونَ بِآیَاتِ اللَّهِ وَیَقْتُلُونَ النَّبِیِّینَ بِغَیْرِ حَقٍّ وَیَقْتُلُونَ الَّذِینَ یَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِیمٍ 

"Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para nabi tanpa hak, serta membunuh orang-orang yang menyeru kepada keadilan di antara manusia, maka beritahulah mereka dengan azab yang pedih." (Qs, Ali ‘Imran «آل عمران», ayat 21)

Al-Quran dengan jelas menggambarkan nasib malang mereka yang menentang ayat-ayat Ilahi dan memerangi para pembawa keadilan dan kebenaran.

Hari ini, ancaman terhadap Marja’iyyah agama dan kepimpinan umat Islam adalah contoh nyata kekufuran dan kezaliman ini, yang muncul dalam bentuk moden tetapi dengan sifat iblis dan firaun yang sama. Ia adalah serangan terhadap identiti kolektif umat, cita-cita tauhid, dan warisan berharga Ahlul Bait (a.s.). Al-Quran banyak berbicara mengenai konspirasi musuh terhadap para nabi dan wali Allah. Dalam Surah al-A’raf, Allah menggambarkan detik penting sejarah:

وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِی مِن بَعْدِی أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّکُمْ وَأَلْقَى الْأَلْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِیهِ یَجُرُّهُ إِلَیْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِی وَکَادُوا یَقْتُلُونَنِی فَلَا تُشْمِتْ بِیَ الْأَعْدَاءَ وَلَا تَجْعَلْنِی مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِینَ

"Dan ketika Musa kembali kepada kaumnya dalam keadaan marah dan sedih, beliau berkata: Alangkah buruknya kamu menggantikan aku selepas peninggalanku. Adakah kamu terlalu cepat terhadap perintah Tuhan kamu? Lalu Musa melemparkan alwah (luh-luh wahyu) dan menarik rambut kepala saudaranya sambil menariknya ke arahnya. [Harun berkata]: Wahai anak ibuku! Kaum itu telah menganggapku lemah dan hampir-hampir membunuhku. Maka janganlah engkau jadikan musuh-musuh bersuka ria terhadapku dan janganlah engkau tempatkan aku bersama orang-orang yang zalim." (Qs, al-A’raf «الاعراف», ayat 150).

Ayat ini memperlihatkan bagaimana kepimpinan Ilahi cuba dilemahkan dan digugat oleh penyimpangan umat. Seperti mana Harun (a.s.) diancam ketika Musa (a.s.) tiada, hari ini juga, umat Islam berdepan ancaman serupa terhadap pemimpin dan penyatuan mereka.

Begitu juga dalam Surah al-Qasas, disebut:

وَجَاءَ رَجُلٌ مِّنْ أَقْصَى الْمَدِینَةِ یَسْعَى قَالَ یَا مُوسَى إِنَّ الْمَلَأَ یَأْتَمِرُونَ بِکَ لِیَقْتُلُوکَ

"Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota dengan berlari, lalu berkata: Wahai Musa! Sesungguhnya para pembesar sedang berunding untuk membunuhmu..." (Qs, al-Qasas «القصص», ayat 20)

Ini adalah gambaran konspirasi para pembesar Firaun untuk membunuh Musa (a.s.). Kini, kuasa keangkuhan global berjiwa Firaun sedang berusaha untuk membungkam suara keadilan dan kesedaran.

Namun, janji Ilahi dalam Surah al-Anfal tetap utuh:

وَإِذْ یَمْکُرُ بِکَ الَّذِینَ کَفَرُوا لِیُثْبِتُوکَ أَوْ یَقْتُلُوکَ أَوْ یُخْرِجُوکَ وَیَمْکُرُونَ وَیَمْکُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَیْرُ الْمَاکِرِینَ

"Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir membuat tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka merancang, dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang." (Qs, al-Anfal «الانفال», ayat 30).

Ayat ini memberi jaminan bahawa walau sekuat mana pun perancangan musuh, mereka tidak akan berjaya melawan perancangan Allah SWT.

Ancaman terhadap ulama Marja’iyyah agama bukanlah sesuatu yang baharu. Sejarah Islam sarat dengan contoh bagaimana musuh-musuh kebenaran sentiasa berusaha memadamkan cahaya hak dan keadilan; daripada konspirasi Quraisy terhadap Nabi Muhammad (s.a.w.) di Mekah, kepada pembunuhan Imam Ali (a.s.) dan Imam Hussain (a.s.).

Hari ini, ancaman itu muncul dalam bentuk moden melalui alat-alat media dan politik. Tindakan Presiden Amerika Syarikat bukan sahaja melanggar nilai-nilai kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, bahkan merupakan penghinaan terang-terangan terhadap kepercayaan dan kesucian yang dipegang oleh lebih 1.5 bilion umat Islam di dunia. Ini adalah contoh nyata permusuhan terhadap Allah dan Rasul-Nya, seperti yang telah dikecam dengan tegas oleh para ulama besar melalui fatwa-fatwa mereka.

Maka dengan ini, Masyarakat al-Quran Republik Islam Iran dengan tegas menyatakan bahawa demi mempertahankan Imam al-Quran mereka, mereka tidak akan ragu-ragu dalam bertindak, dan sekiranya sebarang kesilapan dikesan daripada pihak musuh keji, mereka akan menggerakkan seluruh kekuatan mereka – bukan sahaja di Iran yang tercinta – malah di seluruh dunia, untuk menghancurkan para penyebar fitnah ini. Mereka akan terus berjuang sehingga musuh-musuh ini dikalahkan sepenuhnya.

4291858

captcha