IQNA

Setiausaha Agung OIC Sambut Baik Keputusan Perancis Berkenaan Pengiktirafan Negara Palestin

15:13 - July 26, 2025
Berita ID: 3106772
IQNA - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik kenyataan Presiden Perancis mengenai hasrat negaranya untuk mengiktiraf negara Palestin.

Laporan IQNA, memetik laman rasmi OIC; Hussein Ibrahim Taha «حسین ابراهیم طه», Setiausaha Agung OIC, telah menyambut baik kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengenai niat Perancis untuk mengiktiraf negara Palestin secara rasmi pada bulan September akan datang.

Beliau menyifatkan tindakan ini sebagai langkah penting yang sejajar dengan undang-undang antarabangsa dan kelangsungan pendirian serta usaha Perancis dalam menyokong hak rakyat Palestin, termasuk hak menentukan nasib sendiri dan penubuhan sebuah negara merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Setiausaha Agung OIC menekankan bahawa pengumuman ini akan mengukuhkan kedudukan politik dan undang-undang Palestin di peringkat antarabangsa, dan menyeru semua negara yang masih belum mengiktiraf Palestin agar mengambil langkah segera untuk mengiktirafnya serta menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau turut menyeru kepada penyertaan aktif dalam persidangan antarabangsa peringkat tinggi untuk penyelesaian damai isu Palestin yang akan disambung minggu depan di ibu pejabat PBB dengan kepimpinan Arab Saudi dan Perancis. Beliau juga menekankan pentingnya tindakan praktikal demi mencapai keamanan dan kestabilan di rantau itu, berdasarkan penyelesaian dua negara, ketetapan sah antarabangsa yang berkaitan, serta Inisiatif Keamanan Arab.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, dalam satu kenyataan pada malam Khamis menyatakan bahawa Paris akan mengiktiraf negara Palestin dan akan mengumumkan keputusan itu secara rasmi dalam Perhimpunan Agung PBB pada bulan September.

Dalam platform sosial X (sebelum ini Twitter), beliau menulis:

“Keamanan adalah sesuatu yang boleh dicapai,”
dan menambah bahawa Paris mengambil keputusan ini kerana komitmen sejarahnya terhadap keamanan yang berkekalan dan adil di Timur Tengah.

Presiden Perancis juga menegaskan keperluan untuk gencatan senjata segera di Gaza, pembebasan semua tawanan Israel, dan penghantaran besar-besaran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza.

Selain itu, Macron menyeru kepada pelucutan senjata Hamas, serta menyatakan bahawa Gaza perlu dijadikan selamat dan dibangunkan semula.

*Ucapan tipu muslihat mereka yang berselindung dalam genjacatan senjata, tetapi bertujuan memperkukuh kedudukan negara Aparthaid zionis Israel dengan pengiktirafan palsunya yang bertujuan menghapus pertahanan Hamas Palestin yang sedang berjuang memerdekakan tanah air rakyat bumi Palestin sendiri secara murni dan menolak penjajahan zionis.

4296300

captcha