Laporan IQNA, memetik laman rasmi Pejabat Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam; Majlis ini turut dihadiri oleh sekumpulan keluarga para syuhada Perang 12 hari dari seluruh pelosok negara Iran, pelbagai lapisan masyarakat serta para tetamu Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam.
Dalam ucapan beliau, Hujjat al-Islam wal-Muslimin Akhtari 《حجتالاسلام والمسلمین اختری》, Pengerusi Majlis Tertinggi Majma‘ Ahlul Bait a.s, dengan merujuk kepada keberkatan bulan Rabi‘ al-Awwal, khususnya ulang tahun ke-1500 kelahiran Nabi Muhammad (SAW), menegaskan bahawa masalah terbesar dunia Islam pada masa kini adalah kurangnya pengenalan yang menyeluruh terhadap keperibadian Rahmatan lil-‘Alamin Nabi Muhammad Mustafa (SAW). Beliau berkata: “Menjelaskan dimensi individu dan sosial agama Islam adalah antara tanggungjawab terpenting masyarakat Islam.”
Pengerusi Majlis Tertinggi Majma‘ Ahlul Bait a.s. juga menekankan bahawa isu Palestin dan jenayah rejim Zionis di Gaza merupakan permasalahan utama dunia Islam. Beliau menambah: “Dalam keadaan ini, tanggungjawab umat Islam adalah untuk berdiri teguh menentang kezaliman dan penindasan, manakala tanggungjawab pemerintah negara-negara Islam adalah memutuskan segala bentuk hubungan diplomatik dengan rejim Zionis.”
Majlis ini turut diserikan dengan lantunan qasidah pujian kepada Nabi Muhammad (SAW) dan Imam Ja‘far al-Sadiq a.s, di mana Hamid Ramazanpour 《حمید رمضانپور》 menyampaikan bacaan mawlid.
4304414