IQNA

Ayatullah Ya'qubi dalam pertemuan dengan sekumpulan aktivis media:

Media adalah senjata paling berkesan dalam perang lembut

15:16 - August 08, 2026
Berita ID: 3108208
IQNA - Ayatullah Sheikh Muhammad Ya'qubi, salah seorang marja' taqlid Syiah, dengan menekankan kepekaan tanggungjawab media pada era kini, menggambarkan peranan media dalam membentuk peristiwa, membimbing pendapat umum, dan meningkatkan kesedaran masyarakat sebagai peranan yang menentukan.

Laporan IQNA dari Iraq; Ayatullah Sheikh Muhammad Ya'qubi 《آیت الله شیخ محمد یعقوبی》 dalam pertemuan dengan sekumpulan wartawan dan content creator yang hadir ke Najaf Ashraf untuk menziarahi makam suci Amirul Mukminin Imam Ali (a.s.) bersempena dengan musim ziarah Arbain Hussaini, berkata: Media pada hari ini telah menjadi salah satu alat transformasi yang paling penting, dan pada masa yang sama, menjadi senjata paling berbahaya dalam perang lembut; alat yang kemampuannya dalam mengubah kepercayaan, budaya dan mengarahkan pendapat umum, kadang-kadang lebih berkesan daripada peperangan ketenteraan; sehingga mungkin sesebuah bangsa itu mempertahankan musuh-musuh mereka dan meletakkan diri mereka di pihak yang salah.

Merujuk kepada beberapa contoh peristiwa semasa, beliau menyatakan bahawa kesan media dalam beberapa keadaan telah membawa kepada hasil yang tidak mampu dicapai oleh peperangan ketenteraan.

Ayatullah Ya'qubi dengan menekankan bahawa pengeluaran kandungan dan aktiviti di ruang siber bukanlah satu tindakan yang mudah dan sementara, menyatakan: Bidang ini adalah tanggungjawab yang besar, dari segi syarak, akhlak dan profesional; kerana setiap perkataan dan kandungan yang disebarkan boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap kehidupan individu dan masyarakat.

Beliau merujuk kepada firman Allah:

 "وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا"

 

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban."(Qs, Al-Isra': 36).

 

 - menekankan keperluan bagi pengamal media untuk memiliki ketakwaan, ketelitian, keadilan dan komitmen terhadap etika profesional, dan menambah: Media tidak seharusnya menjadi alat untuk ugutan, merosakkan maruah, menyelesaikan hutang dengan orang lain, atau sebagai saluran untuk mendapatkan kepentingan duniawi yang sementara.

4368510

captcha