
Menurut IQNA, berdasar nukilan dari Radio Suara al-Quds, Gerakan Jihad Islam Palestin dalam ucapannya yang ditujukan kepada pemerintah Bahrain menekankan bahawa mereka tidak akan mendapat keuntungan daripada berkawan dengan musuh iaitu Zionis.
Tariq Salmi, Jurucakap Media Gerakan Jihad Islam, mengatakan: "Sejarah akan mencatat pengumuman permulaan misi duta besar Bahrain untuk rejim musuh sebagai titik hitam dalam sejarah para penguasa Bahrain." Beliau menambahkan:
Normalisasi hubungan tidak akan baik untuk Bahrain, "Kami yakin bahawa rakyat Bahrain tidak akan pernah menerima dasar-dasar yang tergesa-gesa menuju normalisasi hubungan dan menjadikan negara mereka sebagai sarang buat Zionis," kata Salmi.
Jurucakap Jihad Islam mengatakan: "Rakyat Bahrain adalah orang sejati yang tidak menerima penghinaan dan dasar normalisasi tidak menyatakan kehendak rakyat Bahrain yang komited untuk membantu Palestin dan rakyatnya."
Duta Besar Bahrain Khaled Youssef al-Jalahma, di tanah penjajahan, tiba di Tel Aviv pada hari Selasa sebagai duta pertama negaranya memulakan misi duta besar setelah menormalkan hubungan dengan rejim Zionis.
Pada akhir 2020, mantan Presiden AS Donald Trump yang menghabiskan masa terakhirnya di Gedung Putih, memaksa Bahrain dan UAE menandatangani perjanjian memalukan itu untuk menormalkan hubungan dengan rejim Zionis di Gedung Putih.
Kejadian ini membuat kemarahan dan kecaman dunia Islam, terutama rakyat Palestin, dari tindakan berkompromi dan pengkhianatan. Mengikuti Bahrain dan UAE, Sudan dan Maghrebi juga berbaik dengan musuh-Zionis.
3994418