IQNA

Anugerah Dunia Arbaeen ke-7 menjemput

8:32 - September 04, 2021
Berita ID: 3100068
TEHRAN(IQNA)- Sekretariat Anugerah Dunia Arbaeen telah membuka penyertaan bagi mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam edisi ketujuh penganugerahan ini.

Menurut IQNA, dengan memetik berita dari Pertubuhan Kebudayaan dan Komunikasi Islam, mereka yang berminat boleh menghantar karya mereka ke sekretariat melalui laman web "Anugerah Dunia Arbaeen" di intlarbaeen.com atau laman sosial rasmi penghargaan ini.

Tarikh akhir penyerahan karya adalah pada 2 Oktober tahun ini, dan upacara penutup Anugerah Dunia Arbaeen ketujuh akan diadakan pada 17 Oktober oleh Pertubuhan Kebudayaan dan Komunikasi Islam.

Kerana masalah wabak pandemik korona, upacara penutupan akan diadakan secara terhad di Kompleks Budaya Imam Khomeini (Pertubuhan Kebudayaan dan Komunikasi Islam) dan juga akan disiarkan secara atas talian di laman web rasmi dan Instagram Anugerah Dunia Arbaeen.

Petubuhan Kebudayaan dan Komunikasi Islam, dengan mempertimbangkan kemampuan spiritual Arbaeen pemuka dan pemimpin para syuhada yang unik dan berharga al-Hosein Ibn Ali as, yang disertai oleh perarakan berjuta-juta pecinta Imam itu dari seluruh dunia, telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan transnasional dimulai pada tahun 2014 untuk menunjukkan dan memperkenalkan acara budaya, agama dan antarabangsa yang hebat ini kepada dunia dengan cara yang yang selayaknya.

Berdasarkan ini, Sekretariat Anugerah Dunia Arbaeen ditubuhkan dalam organisasi ini dan sesi pertama penganugerahan ini diadakan dengan tema fotografi.

Berikutan penerimaan para pecinta Hazrat Aba Abdillah Al-Husein as terhadap anugerah ini, dalam tempoh tersebut, dengan memuat turun filem, perjalanan, aktivis dunia maya dan buku, Anugerah Dunia Arbaeen ketujuh diadakan dalam dimensi yang lebih luas.

Sekretariat sesi yang ketujuh Anugerah Arbaeen Dunia secara rasmi telah memulakan kerjanya pada hari Isnin (28 Disember 2020) bersamaan dengan penutupan Hadiah Dunia Arbaeen Keenam. 


https://iqna.ir/fa/news/3993571

captcha