IQNA

Sempena mengingati haul Baginda Rasulillah Muhammad (SAW)

Najaf Ashraf bersedia menyambut jemaah ziarah pada 28 Safar

8:28 - October 05, 2021
Berita ID: 3100242
TEHRAN (IQNA) - Najaf Ashraf dan tempat suci Amir Mukminin, Ali (as) pada ulang tahun kewafatan Nabi (SAW) dan syahidnya keturunan mulianya, Imam Hasan Mujtaba (as) menyiapkan rancangan keselamatan dan perkhidmatan khas untuk menyambut Jemaah Pecinta Ahlulbayt Baginda Rasulillah Muhammad (SAW).

Menurut IQNA, memetik Mawazin News, gabenor Najaf Ashraf pada hari Ahad mengumumkan rancangan keselamatan, perkhidmatan dan kesihatan khas untuk menyambut para jemaah ziarah pada ulang tahun kewafatan nabi (SAW) untuk mereka yang datang ke kota suci ini pada 28 Safar.

Faeq al-Shammari, ketua institusi media wilayah Moqaddas Imam Ali (as), mengatakan: "Persiapan menyambut jemaah telah berlangsung sejak semalam, dan wilayah Alavi telah melancarkan rancangan perkhidmatan di beberapa kawasan di luar pusat kota untuk memberikan pelbagai perkhidmatan kepada para jemaah yang berjalan kaki, seperti menyiapkan kendaraan pembawa mereka ke Najaf Ashraf.

Pegawai wilayah Moqaddas Alavi berkata: "Dalam keadaan wabak korona, beberapa pasukan perubatan ditempatkan untuk memberikan perkhidmatan dan maklumat di kalangan jemaah untuk memastikan kesihatan jemaah dan memastikan pelaksanaan petunjuk kesihatan yang betul."
Jurucakap polis Najaf Ashraf Miqdad al-Musawi juga menekankan bahawa pasukan keselamatan di wilayah itu telah menyiapkan rancangan khas untuk ibadah ziarah 28-Safar, yang melengkapkan rancangan Arbain, di mana 20,000 pasukan keselamatan turut serta.
Pada kesempatan 28 Safar, sebilangan besar jemaah menziarahi Najaf Ashraf untuk memperingati ulang tahun kewafatan Nabi Islam dan Imam Hasan Mujtaba (as) dan memperbaharui kesetiaan kepada Komandan Setia Baginda Rasulillah Muhammad (SAW)  iaitu sayyidina Ali bin Abi Thalib (KWJ), ramai yang berjalan ke kota suci ini.

4002165

captcha