IQNA

50 terkorban, serangan bom ketika solat Jumaat

14:59 - October 09, 2021
Berita ID: 3100255
TEHRAN (IQNA) - Kedamaian diperlukan oleh setia orang, warga, bangsa dan umat, oleh itu tanggungjawab suatu kedaulatan negara adalah melindungi rakyatnya dari segala marabahaya yang berkemungkinan berlaku pada satu-satu masa. Kekuatan dan Kedaulatan bagi rakyat Afghanistan mesti perlu diperkasakan untuk mampu melindungi diri dari segala ketidak amanan berlaku.

Sekurang-kurangnya 50 terkorban dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam letupan besar di sebuah masjid di bandar Kunduz, utara Afghanistan.

Penduduk memberitahu, letupan berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat, didakwa dilakukan pengebom bunuh diri.

Sumber perubatan di Hospital Wilayah Kunduz memberitahu, 35 mayat dan lebih 50 cedera dibawa ke hospital itu.

Tiada pihak setakat ini mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

utusan.com

captcha