IQNA

Terjemahan Al-Quran pertama Albania; Usaha berterusan seorang Kristian merentas regang nyawa

5:52 - October 15, 2021
Berita ID: 3100279
TEHRAN (IQNA) - Ilo Mitek Qafezezi, seorang Kristian Albania, menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Albania seratus tahun yang lalu, sementara suasana yang berlaku dalam masyarakat pada masa itu menentang terjemahan Al-Quran, dan terjemahan ini menimbulkan ketegangan.

Menurut IQNA; Tahun ini menandakan ulang tahun ke-100 terjemahan Al-Quran Albania pertama oleh seorang Kristian bernama Ilo Mitkë Qafëzezi pada tahun 1921, diantara lebih daripada 10 terjemahan Al-Quran di perpustakaan di Albania, Kosovo dan Macedonia utara; akan tetapi terjemahan Albania pertama dari kata wahyu oleh orang Kristian berpendidikan Albania yang beralih memulakan terjemah Al-Quran dalam bahasa Albania, telah menyebabkan banyak ketegangan pada waktu itu, yang menurut para ahli hukum dilarang untuk umat Islam Albania memiliki terjemahan Quran dalam bahasa Albania pada masa itu. Penulis Albania ini meninggal dunia pada tahun 1964 dan meninggalkan terjemahan Al-Quran pertama dalam bahasa Albania, yang walaupun mendapat tentangan, dia berkeras untuk melakukannya agar para paderi dan mereka yang berminat dengan kata-kata wahyu dan tidak mengenal bahasa Arab dapat membaca ayat-ayat ketuhanan dari terjemahannya.

Cuba melepasi pembangkang
Dia mempunyai tujuan berharga untuk memperkenalkan orang Kristian Albania ke pada kitab saudara Muslim mereka; Umat Islam bahkan tidak berani memikirkan untuk menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Albania kerana suasana yang tercekik pada waktu itu; Kerana Mufti Albania telah mengeluarkan fatwa pada tahun 1924 yang melarang umat Islam membaca terjemahan Al-Quran, padahal semua ini terjadi ketika kebanyakan Muslim Albania tidak tahu membaca dan memahami Al-Quran dalam bahasa Arab. Namun pada akhir nya menurut alaraby.co, terjemahan itu membuka jalan persaingan dalam menerjemahkan Al-Quran ke dalam bahasa Albania, dan hanya satu tahun setelah penubuhan kerajaan Albania yang baru pada tahun 1921, diterbitkan terjemahan pertama Al-Quran yang ditandatangani oleh salah seorang simbol gerakan nasionalis Albania, Ilo Mitek Qafazezi, seorang penterjemah yang cemerlang dalam sastera (puisi, fiksyen dan teater) dan kewartawanan, dan motivasi nasionalisnya mendorongnya untuk menerjemahkan kata wahyu ke dalam bahasa Albania.

نخستین ترجمه آلبانیایی قرآن؛ تلاش مصرانه یک مسیحی و عبور از خفقان

Memulai tujuan dengan juzuk pertama 

Dalam keadaan seperti itu, Qafezezi, yang telah membaca dan memahami terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris oleh George Seal, Orientalis Albania, berpendapat bahawa rakan-rakan setanah airnya juga mempunyai hak untuk membaca Al-Quran dalam bahasa Albania dan mendapat manfaat kefahaman darinya. Motif ini jelas dimulainya dengan pengenalan terjemahan juzuk pertama Al-Quran, yang merangkumi surah-surah panjang seperti al-Baqara, al-Imran, Nisa, Ma'idah, An'am, dan Surah al-Fatihah. Terjemahan ini diterbitkan dalam tahun 1921 dan dimaksudkan oleh penterjemah Albania ini untuk menghilangkan tudung samar-samar yang ada antara Muslim Albania dan saudara Kristian mereka; bahkan dari sebahagian pendapat orang Islam sendiri pada masa itu bahawa menterjemahkan Al-Quran adalah dosa besar.

نخستین ترجمه آلبانیایی قرآن؛ تلاش مصرانه یک مسیحی و عبور از خفقان

Bendera Albania

Qafezezi pernah memanggil rakan-rakan senegaranya dengan berkata: "Wahai umat Islam dan Kristian, marilah kita menjadikan kitab-kitab suci agama sebagai rujukan subjek kehidupan beragama bagi kita dan tidak ada alasan untuk melemahkan rasa beragama, Tetapi kita mesti melawan ketaksuban agama untuk menghapuskan sepenuhnya dari hati rakyat Albania yang mencintai Albania yang bebas, dan agar negara ini berada di jalan kemajuan peradaban, Jika tidak demikian maka kita akan banyak menderita."

آماده//نخستین ترجمه آلبانیایی قرآن؛ تلاش مصرانه یک مسیحی و عبور از خفقان

Terjemahan saya tidak sempurna
Bersama mempercayai misi nasionalis yang dia laksanakan, dia dengan sederhana menyatakan pada akhir perkenalannya, sayangnya, terjemahannya bukan berasal dari bahasa Arab, sehingga tidak sempurna; Tetapi dia berharap dapat menjadi permulaan terjemahan yang lengkap, atau untuk menyokong para sarjana muslim yang dibanggakan dapat menerjemahkan Al-Quran dari bahasa Arab ke bahasa Albania.

نخستین ترجمه آلبانیایی قرآن؛ تلاش مصرانه یک مسیحی و عبور از خفقان

Menyokong umat Islam dan Kristian tanpa prejudis
Qafezezi menyedari kepekaan seperti itu; dalam pengenalannya, dia menyatakan harapan agar terjemahannya dapat membantu penganut beragama di Albania, dan berharap dengan bangga adanya sarjana muslim yang dapat menterjemahkan Al-Quran dari bahasa Arab ke bahasa Albania. Namun, dia mendapat sokongan orang-orang Muslim dan Kristian Albania bahkan yang tidak beragama, dan dihargai oleh Kementerian Pendidikan Albania, dan pada tahun 1922 dilaporkan di surat kabar Istanbul bahawa orang Albania telah menterjemahkan Al-Quran; walaupun orang Turki tidak melakukannya; tetapi berita ini membawa kepada dua terjemahan Al-Quran Turki pada tahun 1924.

Impian Qafezezi menjadi kenyataan dalam pengenalan terjemahannya, pada tahun 1924, seorang sarjana yang fasih berbahasa Arab dan Al-Quran bernama Hafiz Ali Korcheh (1873-1957) menerbitkan terjemahan tafsir Al-Quran dalam beberapa jilid oleh penerbit; 'Al-Sout Al-Sami', milik komuniti Muslim Albania, yang mewakili umat Islam dihadapan penguasa, walaupun Hafez Ali Korcheh telah melakukan terjemah Al-Quran ke dalam bahasa Albani dari bahasa asli Arabnya; Tetapi nasib terjemahannya tetap tidak jelas. Meski demikian kemajuan penterjemahan Al-Quran ke bahasa Albania terus diterokai hingga dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa ketika Parti Komunis Albania berkuasa, Majlis Umum Komuniti Muslim Albania pada tahun 1946 mengemukakan idea untuk menterjemahkan Al-Quran dari Turki ke bahasa Albania, dan idea ini diupayakan oleh Ismail Haqi lalu diterbitkan; Tetapi nasib terjemahan ini juga kekal dalam keadaan tampa kejelasan. Akhirnya, ahli akademik Fathi Mahdiu menerbitkan terjemahan Al-Quran pertama yang lengkap ke dalam bahasa Albania pada tahun 1985 secara langsung di Pristina, ibu kota Kosovo, dari bahasa Arab ke bahasa Albania, membuka jalan untuk 10 terjemahan lagi yang diikuti hingga tahun 2015 telah diterbitkan. Pada sampul jilid pertama terjemahan ini, dilihat bertulis terjemahan "Al-Quran Al-Majid" oleh Fathi Mahdiu dalam bahasa Albani.

4003463

captcha