IQNA

7:24 - October 19, 2021
Berita ID: 3100299
TEHRAN (IQNA) - Bunyi gendang dan zikir berkumandang petang semalam menandakan sambutan pertama pembinaan semula monumen bersejarah, Masjid Al-Nuri yang dimusnahkan kumpulan militan pada 2017.

Masjid abad ke-12 terletak di bandar Mosul yang terkenal dengan menara condong mengalami kerosakan teruk. Tentera Iraq mendakwa kumpulan Daesh bertindak meletupkan struktur ikonik itu.

Ia sedang dibina semula di bawah projek kelolaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Bagi saya ia adalah hari menakjubkan. Saya amat gembira," kata pentadbir pengajaran, Marwan Muafak, 45.

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: