IQNA

11:15 - October 19, 2021
Berita ID: 3100303
TEHRAN (IQNA) - Penulis Ireland, Karen Armstrong mengatakan bahawa tujuannya dalam menulis buku Biografi Nabi Islam; Muhammad, adalah untuk menyampaikan gambaran Islam dan Nabi (SAW) yang benar, dan berbeza dengan yang diperkenalkan oleh Salman Rushdie kepada orang-orang Barat.

Menurut IQNA; Biografi Nabi Islam dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan kehidupannya adalah salah satu bahagian yang telah ditulis oleh banyak penulis dan pengkaji Muslim. Namun, bertentangan dengan kepercayaan umum, bahwa tidak hanya penulis Muslim yang menulis mengenai kehidupan Nabi (SAW). Di kalangan penulis bukan Muslim, juga ada orang yang telah menulis biografi Nabi Muhammad (SAW) dan bahkan menterjemahkan karya tulis orang lain dalam hal ini untuk keakraban dan memperkenalkan kepada orang lain.
Karen Armstrong adalah salah seorang penulis yang, selain kajiannya dalam bidang agama-agama Tuhan dan ritual manusia, telah berusaha untuk menyampaikan gambaran Nabi Islam yang benar kepada khalayak. Armstrong adalah salah satu dari mereka yang pada awalnya mempunyai pandangan konservatif mengenai Katolik, tetapi secara beransur-ansur menjadi penulis dalam bidang agama dan mendorong dialog antara agama.
Armstrong berpendapat bahawa tujuan penulisan buku ini adalah untuk menampilkan gambaran Islam dan Nabi (SAW) yang betul dan dia percaya bahawa watak Nabi Muhammad (SAW) sangat berbeza dengan gambaran yang dikemukakan oleh Salman Rushdie kepada masyarakat Barat.

Berusaha menghilangkan salah faham mengenai Islam

Armstrong telah meninggalkan banyak karya, termasuk buku dan artikel. Dalam A History of God, yang diterbitkan pada tahun 1993, ia menelusuri evolusi tiga agama monoteis utama dari awal mereka di Timur Tengah hingga sekarang, dan juga membahas agama Hindu dan Buddha.

Namun, sebelum buku itu diterbitkan, Armstrong juga telah menulis sebuah buku mengenai kehidupan Nabi Islam. Buku ini disebut; "Muhammad A Biography of the Prophet"- Muhammad Sebuah Biografi Nabi", yang merupakan salah satu buku paling laris tahun ini di Amerika Syarikat.

تلاش برای نشان دادن حقیقت زندگی پیامبر اسلام (ص)

Buku kedua yang diterbitkan oleh Armstrong mengenai Nabi Islam adalah; Muhammad: A Prophet for Our Time" - "Muhammad Seorang Nabi untuk Masa Kita". Diterbitkan pada tahun 2006, buku ini adalah sebahagian daripada siri Kehidupan Luar Biasa, yang merupakan biografi pendek para tokoh yang terkenal dikalangan para penulis.

تلاش برای نشان دادن حقیقت زندگی پیامبر اسلام (ص)

Karya ini adalah biografi Nabi saw yang kedua. Buku ini adalah biografi pendek yang menunjukkan bagaimana kebanyakan orang Islam dapat memahami Nabi Islam dan akidahnya. Dalam karya ini, Armstrong memperlihatkan Nabi Saw sebagai seorang Arif-mistik dan pembaharu-memperbaiki politik dan sosial, serta seorang yang berakal- bijaksana dan berpandangan jauh.

4004658

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: