IQNA

4:07 - October 20, 2021
Berita ID: 3100306
TEHRAN (IQNA) - Muhammad adalah nama kelima paling popular untuk bayi lelaki Britain pada tahun lalu, menurut Pejabat Statistik Nasional (ONS) United Kingdom (UK).

Selain itu, Mohammed dan Mohammad juga antara 100 nama bayi lelaki paling popular di UK, masing-masing di kedudukan 32 dan 74 walaupun keduanya hampir sama dengan ejaan Muhammad.

Noah pula adalah nama keempat paling popular untuk bayi lelaki di UK, manakala Ibrahim dan Yusuf juga termasuk dalam 100 teratas pada tahun lalu.

Menurut data ONS, populariti ketiga-tiga nama itu meningkat secara konsisten sejak tahun 1996, lapor agensi berita Arab News.

Umat Islam dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya menterjemahkan nama Muhammad secara berbeza ke dalam bahasa Inggeris, tetapi semuanya dinamakan sebagai penghormatan kepada tokoh Islam yang paling disayangi.

Sementara itu, nama popular lain untuk bayi lelaki Britain termasuk George, Oliver dan Arthur di mana ia dipengaruhi nama anak sulung Putera William dan Kate Middleton iaitu George dan anak ketiganya, Arthur.

Pegawai Statistik di ONS, Sian Bradford, berkata inspirasi untuk ibu bapa memilih nama bayi mereka masih menggunakan budaya populariti sempena watak dalam rancangan kegemaran atau selebriti popular.

Maeve dan Otis, watak dari program 'Sex Education,' menyaksikan peningkatan populariti pada tahun 2020, manakala Margot turut meningkat sejak pelakon Margot Robbie muncul dalam filem 'The Wolf of Wall Street.'

Nama Archie melonjak ke dalam 10 nama bayi teratas untuk anak lelaki kerana Putera Harry dan isterinya Meghan Markle memilih nama itu untuk anak sulung mereka.

bharian.com

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: