IQNA

Pembentukan majlis bandar raya pertama yang beragama Islam dalam sejarah Amerika

7:10 - November 13, 2021
Berita ID: 3100406
TEHRAN (IQNA) - Bandar Hamtramck, Michigan, Amerika Syarikat, melakar sejarah minggu lalu selepas pemilihan majlis bandar raya pertama yang diketuai oleh seorang datuk bandar beragama Islam di Amerika Syarikat

Laporan IQNA, memetik 'Yahoo News', selepas kemenangan Adam Albarmaki, Amanda Jakowski dan Khalil Rafaei dalam pemilihan majlis bandar raya minggu lalu, mereka akan bergabung dengan ahli majlis yang telah ada sebelum nya; Nim Chudouri, Mohammad Hassan dan Mohammad Alsomiri.

Keenam-enamnya beragama Islam, dan Amer Ghalib, 42, yang dipilih datuk bandar, juga beragama Islam. Lima daripada ahli ini adalah pendatang dan seorang beragama Islam berketurunan asli Eropah Timur.

Kehadiran banyak ahli parlemen muslim, telah menjadikan bandar Hamtramack, merupakan bandar majoriti Islam pertama di Amerika Syarikat yang disebabkan kehadiran Muslim yang tinggi, kini mempunyai majlis bandar raya Islam sepenuhnya. Bagaimanapun, ahli majlis memberitahu media bahawa perbezaan mazhab dan Agama tidak akan memainkan peranan dalam keputusan mereka.

Majlis bandar raya yang dianggotai enam anggota itu akan memulakan tugasnya pada Januari.

4012486

captcha