IQNA

18:34 - December 05, 2021
Berita ID: 3100492
TEHRAN (IQNA) - “DALAM kita mencari rezeki untuk terus menampung keluarga, janganlah kita lepas untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah, walau sesusah mana pun kita:

1. Solat jangan sesekali ditinggalkan.
2. Jangan terlepas untuk membaca al-Quran.
3. Cari rezeki untuk beri kepada keluarga. 
4. Cari rezeki yang halal. 
5. Usahakan pendidikan terbaik untuk anak-anak. 
6. Kerapkan berdoa. 

Insya-Allah Allah akan lapangkan rezeki kita.”

Sedikit pesanan saya berikan kepada penerima bantuan di dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Foodbank dan Inspirasi Prihatin YaPIEM bertempat di Dewan Raya Kampung Dato Onn Johor Bahru, Johor.

Dalam majlis ini, sebanyak 250 pek FoodBank YaPIEM berupa barangan makanan asas diagihkan kepada 250 keluarga di sekitar Kampung Dato Onn yang berjumlah RM27,500. Seramai 10 keluarga juga telah terpilih menerima bantuan di bawah Program Prihatin YaPEIM yang berjumlah RM500 bagi setiap keluarga yang menyasarkan penerima manfaat daripada keluarga miskin, asnaf, keluarga rentan dan keluarga pelajar YPJ dari kategori miskin dan B40.

Rezeki ini Allah lorongkan kepada hati kami di dalam #PasukanMenteriAgama di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama untuk diberikan kepada yang memerlukan. 

Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin untuk para penerima sumbangan terus kuat dalam menjalani kehidupan yang penuh mencabar. Insya-Allah, Allah pasti akan bersama dengan mereka yang terus kuat dan tabah dalam menempuh kehidupan selagi mana kita terus bertawakal dan bergantung kepada Allah S.W.T dan terus berusaha dengan kuat.

harakahdaily.net

 
tanda nama: Mencari ، rezeki ، tampa ، meninggalkan ، tuntutan ، agama
Nama:
Email:
* komen:
* captcha: