IQNA

7:58 - January 19, 2022
Berita ID: 3100663
TEHRAN (IQNA) - Dar Al-Quranul-Karim Wilayah al-Muqaddas al-Huseini, Karbala, Iraq telah mengumumkan penganjuran muktamar Al-Quran antarabangsa yang pertama.

Laporan IQNA, memetik Imamhussain.org; Institut Dar-ul-Quran wilayah Muqaddas Huseini telah mengumumkan diadakan persidangan Al-Quran antarabangsa pertama untuk menyusun dan menyatukan peraturan pengadilan bagi pertandingan Al-Quran untuk remaja perempuan.

Pembukaan persidangan ini telah diadakan di Dewan Ummu Abiha di Universiti Hazrat Zahra dengan kehadiran wakil dari 16 negara.

Dr. Sheikh Khair al-Din al-Hadi, ketua Dar Al-Quran wilayah Muqaddas Huseini, berkata dalam ucapan pada majlis perasmian persidangan itu: "Minat terhadap Al-Quran dan segala-galanya yang melayani pergerakan Al-Quran dalam dunia Islam adalah salah satu manifestasi ketakwaan yang paling penting."

برگزاری همایش بین المللی قرآنی از سوی دارالقرآن الکریم

Beliau menambah: "Persidangan khusus dan teknikal ini, yang merupakan yang pertama seumpamanya di dunia, akan menjadi acara penting bagi institut Al-Quran untuk mengatur perspektif dan program yang dibentangkan dalam persidangan ini."

Menurut Al-Hadi, persidangan ini pula akan menjurus kepada keseragaman dan disiplin dalam kriteria penjurian dalam pertandingan Al-Quran.

4029358

Nama:
Email:
* komen:
* captcha: