IQNA

4:57 - January 20, 2022
Berita ID: 3100667
TEHRAN (IQNA) - Dewan Ulamak PAS Pusat menolak sekeras-kerasnya agenda pluralisme agama yang menyalahi akidah Islam dan ia dicanang menggunakan orang-orang Islam di negara ini.

“Fahaman tersebut adalah berakar umbi di dalam fahaman relativisme yang tidak menerima sebarang ajaran sebagai mutlak dalam kebenarannya. 

“Sedangkan kebenaran Al-Quran adalah mutlak tidak boleh diragui. Ia menjadi rukun Iman. Begitu juga kebenaran Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.

“Kebenaran Akhirat, kebenaran nikmat Syurga dan azab Neraka adalah mutlak dan menjadi rukun iman tidak boleh diragui oleh setiap yang beragama Islam,” jelasnya.

Isu sambutan tersebut menjadi kejutan dalam kalangan umat Islam di negara ini apabila seorang pemimpin NGO dakwah mengucapkannya di laman sosial beliau.

Kesedaran umat Islam negara ini terhadap pluralisme agama seperti itu menyebabkan kecaman terhadap pemimpin NGO itu sehingga beliau memadam muat naik tersebut. 

harakahdaily.

tanda nama: hari ، agama ، sedunia ، agenda ، pluralisme ، menyalahi ، aqidah
Nama:
Email:
* komen:
* captcha: