IQNA

Program hari ketiga Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-38 Republik Islam Iran telah diumumkan

13:53 - March 05, 2022
Berita ID: 3100837
TEHRAN (IQNA) - Hari ketiga Pertandingan Al-Quran Antarabangsa ke-38 telah bermula pada jam 7 malam hari Khamis 3 Mac. Pada hari itu fail audio peserta tiga sesi; Pertubuhan Wakaf, pelajar dan OKU penglihatan disiarkan untuk panel penilai.

Laporan IQNA; Hari ketiga peringkat akhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa telah bermula pada pukul 7 malam pada hari Khamis, 4 Mac, di Dewan Pusat Kesenian Andisheh, dengan bacaan Wahid Khazaei, qari terbilang negara Republik Islam Iran, sebagai tetamu kehormat telah dimulakan dan berlangsung sehingga jam10:30 malam.

Pada hari tersebut, fail video 12 peserta di bahagian peserta Pertubuhan Wakaf, peserta pelajar dan OKU penglihatan telah disiarkan untuk panel penilai. Program wakil negara Republik Islam Iran dalam bidang tilawah juga telah dilaksanakan yang persembahannya sekitar jam 8 malam mengikut jadual yang telah diumumkan.

Jadual giliran peserta adalah seperti berikut:

Yusuf Al-Asadi dari Sweden - Tilawah-Pelajar
Muhammad Rifa al-Banna dari Indonesia - Hafazan Seluruh-Awqaf
Abu Bakar Tashmala dari Congo - Hafazan Seluruh-Pelajar
Syed Hujjat Tarhami dari Iran - Tartil-Awqaf
Abdullah Dokaji dari Nigeria - Hafazan-Pelajar
Muhammad Aref Mawla dari Bangladesh - Hafazan Seluruh-OKU
Owais Ahmadian dari Afghanistan - Tilawah-Awqaf
Mustafa Zahed dari Maghribi -Tartil-Awqaf
Hassan Jibril Omar dari Niger - Hafazan Seluruh-Awqaf
Hussein Ibrahim Muhammad dari Mesir - Tartil-Awqaf
Yas Fazl Jassim dari Iraq - Tilawah-Awqaf
Hassan Mahmud Bakoor dari Syria - Hafazan Seluruh-Awqaf

Menurut laporan ini, persembahan kumpulan Tilawah harmoni dan Qasidah Madah "Mesbah Al-Huda" daerah Abadan akan menjadi sebahagian lagi daripada program hari ketiga pertandingan itu. Temu bual TV juga dijadualkan disiarkan, tetapi nama tetamu temu bual ini belum diumumkan.

Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran ke-38 bermula pada 2 Mac dengan majlis perasmian dan kemudian pada 3 haribulan kita telah menyaksikan permulaan bahagian kompetitif pertandingan ini, hingga berakhir dengan majlis penutup pada 5 Mac hari ini.

62 peserta dari 29 negara menyertai peringkat akhir Pertandingan Al-Quran Antarabangsa di Iran. Pada peringkat awal pertandingan telah diadakan secara maya sejak beberapa bulan kebelakangan ini, 190 peserta dari 69 negara telah mengambil bahagian.

4040101

captcha