IQNA

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

16:56 - April 30, 2022
Berita ID: 3101031
TEHRAN (IQNA) - Menjadi makruf bagi umat Islam bahawa satu dunia Islam mempunyai rasa persaudaraan atas dasar syariah yang diajarkan oleh Islam kepada umatnya. Pengajaran Islam dilandasi Iman kepada keesaan Allah swt dan kenabian baginda Rasulullah Muhammad (SAW) inilah yang mengikat persaudaraan orang-orang Islam.

Laporan IQNA; Ayat Al-Quran; إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ - yang bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." (Qs. Al-Hujuraat 49:10) dan ayat lain:

إِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ - yang bermaksud: "Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku." (Qs. Al-Anbiyaa' 21:92).

Dua ayat Al-Quran ini sudah cukup menjadi dalil bagi setiap muslim untuk menghulurkan segala penghargaan untuk memuliakan saudara seislamnya. Apa lagi bila mereka dianiaya, dizalimi dan menjadi sasaran teror oleh imperialisme penjajah, seperti yang sedang dilakukan oleh pasukan zionis Israel yang disokong oleh elit politik global - USA dan Eropa atas rakyat Palestin.

Berdasarkan konsep menolong mustazafin - orang-oran yang ditindas, Islam sentiasa mengajak umatnya untuk segera dan peduli membantu dan menolong siapapun yang sedang dianiaya, ditindas dan dijajah, tentu bagi orang Islam kepentingan kepedulian ini menjadi ukuran Imannya seseorang muslim terhadap Allah swt.

Nabi (SAW) dalam pelbagai kesempatan menyatakan kepentingan menjaga umatnya antara satu sama lain; mulai dari perihal rumah tangga, jiran, hingga ke peringkat bangsa. Hadis (SAW); 

من لم يهتمَّ بأمر المسلمين فليس منهم 

"Sesiapa yang tidak pentingkan urusan muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka".

Perkara penting dunia Islam sekarang adalah masalah umat Islam Palestin yang sedang dijajah dan dizalimi oleh tentera zionis dan teroris global, oleh itu berusaha dengan segala cara yang berarti untuk menolong mereka adalah dalam rangka mengukuhkan arti kesatuan, persaudaraan dan menjaga untuk tidak keluar dari identiti sebagai muslim. 

Demonstrasi menggugat keangkuhan zionis dan elit politik global yang menyokong gerakan ganas zionisme Israel adalah satu cara yang menyulut openi global untuk mendesak mundur perlakuan menjajah antara bangsa-bangsa, dan Palestin menjadi poros perjuangan melawan keangkuhan global.

Setiap bangsa yang mulia kemanusiaannya tentu akan peduli terhadap kemazluman sesebuah bangsa yang ditindas oleh penjajah, Imam Khumaini (qsz), pengasas revolusi Islam telah mengukuhkan perjuangan melawan penindasan Zionis Israel atas rakyat Palestin dengan cetusan adanya hari melaungkan kemerdekaan Palestin di hari Jumaat terakhir bulan Ramadan sebagai nama hari Al-Quds sedunia, dimana semua umat Islam diminta memberikan partisipasi nya walau hanya dengan turun ke jalan untuk berteriak dan berdemonstrasi menuntut berhentinya perlakuan jenayah atas rakyat Palestin.

Berikut gambar dan video perarakan Hari Al-Quds sedunia di Kuala lumpur Malaysia, selepas solat Jumaat terakhir bulan suci Ramadan tahun 2022.

 

 

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

Keterikatan Palestin dengan umat Islam sedunia + video & gambar

captcha