Laporan IQNA; Rasulullah saw bersabda:
تَفَکُّرُ ساعَةٍ خَیرٌ مِنْ عِبادَةِ سَبْعِیْنَ سَنَةً
"Berfikir satu masa lebih baik dari ibadah selama tujuh puluh tahun."
Hadis ini telah dinukilkan dalam kitab "Al-Risalah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah"-«الرساله فى الاحاديث النبويه» - oleh Hussein ibn Ali Wa'iz Kashfi (Ahli astronomi dan pengulas Al-Quran, lahir di Sabzevar, Iran, 1436-1504).
Allamah Majlisi berkata dalam hal ini:
قال بعضُ الأكابرِ إنما كان الفِكرُ أفضلَ لِأنَّهُ عَمَلُ القلبِ و هو أفضلُ مِن الجوارحِ فَعَمَلُهُ أشرفُ مِن عملِها ألا تري إلي قولِه تعالي أَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي فَجَعَلَ الصلاةَ وسيلةٌ إلي ذكرِ القلبِ و المقصودُ أشرفُ مِنَ الوَسِيلَةِ
Sebahagian pembesar ilmuan Islam mengatakan bahawa berfikir itu lebih utama kerana ia adalah tindakan hati dan hati itu lebih utama daraipada anggota jasad, dan amalan hati lebih mulia daripada amal jasad. Perhatikanlah bahawa Allah swt berfirman : أَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي - dirikan solat untuk mengingatKu- dijadikan solat sebagai wasilah atau cara untuk menuju ingatan hati kepada Allah swt, tentunya tujuan lebih utama dan mulia daripada cara.
Menurut pandangan Islam, bukan setiap pemikiran adalah ibadah, tetapi pemikiran ibadah yang berada di landasan evolusi kesempurnaan manusia. Dalam Al-Quran, isu pemikiran telah banyak dibincangkan. Memikirkan segala sesuatu mempunyai natijahnya yang tersendiri, dan kami akan menyebut beberapa contoh di bawah:
1. Berfikir dalam penciptaan membuahkan iman yang didasari oleh kesedaran.
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Qs, A-li'Imraan 3:191).
2.Berfikir tentang sejarah dan peninggalan orang lain adalah membuahkan pembelajaran dan nasihat.
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ ۚ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir." (Qs, Al-A'raaf 7:176).
3. Berfikir tentang kefanaan dunia dan manifestasinya yang memperdayakan atau menipu adalah menghasilkan sifat zuhud dan takwa.
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً ۚ وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ ۗ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا
"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (Qs, An-Nisaa' 4:77).
4. Berfikir tentang nikmat dan anugerah Ilahi adalah membuahkan rasa kesyukuran kepada Allah swt:
واِذ تَأَذَّنَ رَبّکُمْ لَئِنْ شَکَرتُمْ لَأَزیدنَّکُمْ ولَئن کَفَرتُمْ انَّ عذابی لَشَدید
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Qs, Ibrahim 14:7).
5. Berfikir tentang pertolongan Ilahi adalah membuahkan harapan dan dorongan:
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ فَجَاءُوهُم بِالْبَيِّنَاتِ فَانتَقَمْنَا مِنَ الَّذِينَ أَجْرَمُوا ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman." (Qs, Ar-Ruum 30:47).
* Muhammad Baqir bin Muhammad Taqi Majlisi (1628-1699 M) yang dikenali sebagai Allamah Majlisi merupakan salah seorang perawi dan fuqaha muslim Syiah yang terkenal yang tinggal di Isfahan, Iran. Karya beliau yang paling terkenal ialah Biharul Anwar, yang telah mengumpulkan hadis-hadis Nabi dan Imam-imam maksum Ahlubait baginda Rasulillah Muhammad saw, dalam 110 jilid.