Laporan IQNA, memetik laman cratar.net; Kementerian tersebut menyatakan bahawa tujuan utama ujian ini adalah untuk memilih para hafiz terbaik dari Yaman bagi mewakili negara dalam majlis-majlis tilawah antarabangsa. Tarikh pendaftaran untuk ujian ini telah dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2025.
Kementerian Wakaf Yaman menegaskan bahawa lanjutan tempoh pendaftaran ini bertujuan untuk memberikan peluang lebih luas kepada para hafiz lelaki dan wanita yang berbakat agar dapat mengasah dan menonjolkan keupayaan mereka dalam bidang al-Quran.
Menurut kenyataan rasmi kementerian itu, ujian ini akan meliputi beberapa kategori, antaranya:
Hafazan keseluruhan al-Quran (Hifz 30 Juzuk)
Bacaan (tilawah) berserta tajwid
Penguasaan qiraat 'ashr «قرائات عشر» (sepuluh bacaan mutawatir al-Quran)
Kementerian juga mengajak semua individu yang berminat dan layak untuk mengisi borang penyertaan khas melalui pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/nAkYMmwgedoyszQZ7
Selain itu, kementerian menekankan bahawa program ujian ini merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan untuk mencungkil dan membangunkan bakat-bakat al-Quran dari seluruh wilayah Yaman, serta mempersiapkan mereka untuk penyertaan yang cemerlang dalam pentas antarabangsa, yang sekali gus memperkukuh kedudukan Yaman dalam arena al-Quran global.
4298208