Laporan IQNA, memetik akhbar al-Raya «», kursus bertemakan "Kemahiran dalam al-Quran" ini diadakan di dua pusat khas musim panas, dengan penyertaan pelbagai kumpulan umur dan para pencinta al-Quran yang ingin mengulang kaji atau menyempurnakan hafalan mereka sempena cuti musim panas.
Masjid Jamek Jassim Darwish Fakhro di kawasan Abu Hamour dan Masjid Jamek Mohammed bin Abdulaziz Al Thani di kawasan Hazm Al Markhiya menjadi tuan rumah kepada program ini.
Matlamat utama kursus ini adalah untuk memanfaatkan cuti musim panas dalam memperkukuh tahap akademik, pendidikan moral dan rohani pelajar, serta mengukuhkan hubungan mereka dengan al-Quran. Selain itu, Kementerian Wakaf Qatar turut menganjurkan pelbagai program lain termasuk kursus “Abjad” khas untuk kanak-kanak dalam mempelajari asas bacaan huruf hijaiyyah dan huruf al-Quran dengan betul.
Sheikh Amr al-Mulaiki, penyelia kursus "Kemahiran dalam al-Quran" di Masjid Mohammed bin Abdulaziz Al Thani, menjelaskan bahawa program ini memberi tumpuan kepada hafalan, ulang kaji dan pembetulan bacaan al-Quran, disamping itu turut diselitkan dengan aktiviti pendidikan dan rekreasi.
Beliau menambah bahawa kursus ini terdiri daripada dua bahagian:
Bahagian ulang kaji untuk peserta yang ingin mengulang keseluruhan al-Quran, atau 25 juzuk, 20 juzuk, 10 juzuk, atau 5 juzuk;
Bahagian hafazan dan bacaan pula dikhususkan kepada pelajar yang sudah menguasai hafalan sebelumnya.
Sheikh al-Mulaiki memaklumkan bahawa seramai 90 pelajar mengambil bahagian dalam kursus di masjid ini, dan separuh daripada mereka adalah hafiz al-Quran.
Beliau turut menyatakan bahawa kursus ini telah bermula pada 13 Julai 2025 dan akan berlangsung hingga 13 Ogos 2025, diadakan empat hari seminggu dari Ahad hingga Rabu, bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi waktu tempatan.
4297937