IQNA

Suasana Eid Ghadir Khum di makam Alawi + Gambar

8:05 - July 19, 2022
Berita ID: 3101266
TEHRAN (IQNA) - Makam suci Imam Ali (as) di Najaf Ashraf penuh dengan jemaah ziarah yang datang dari pelbagai wilayah di Iraq dan beberapa negara Arab dan Islam, termasuk Republik Islam Iran, pada kesempatan Eid al-Ghadir.

Laporan IQNA, Menurut Agensi Berita Iraq; makam suci Alawi di Najaf Ashraf hari ini sempena Eid al-Ghadir Khum menjadi tuan rumah kepada jemaah ziarah yang datang ke tempat suci ini dari pelbagai wilayah di Iraq dan beberapa negara di dunia untuk meraikan hari raya besar umat Islam ini yang dipanggil "Eid Allah yang paling besar dan Eid keluarga-Muhammad (SAW)" -«عیدالله الاکبر و عید آل محمد (ص)» - diadakan di maqam suci Imam Ali (as).

Pada masa yang sama, bahagian-bahagian yang berbeza dari tempat makam suci Alawi telah dihias dengan bunga dan diterangi, sepanduk telah dipasang memperbaharui baiat kesetiaan kepada Imam Ali (as).

Dan pasukan khidmat wilayah Alawi dan kerajaan tempatan wilayah Najaf Ashraf juga telah mengerahkan segala kuasa dan kemudahan mereka untuk memudahkan pergerakan jemaah ziarah, dan menghadiri majlis perayaan "Eidullahil Akbar dan Eid Aali-Muhammad (SAW)". Kemah-kemah (مواکب) pelayanan yang disebut maukib -موکب - juga sedang berkhidmat untuk tetamu dan penziarah.

4071702

captcha