IQNA

Contoh dan akibat dosa sosial

8:55 - August 15, 2022
Berita ID: 3101376
TEHRAN (IQNA) - Salah satu keperluan masyarakat yang paling penting ialah keselamatan, dan sebarang tindakan yang mengganggu keselamatan pelbagai bidang sosial dianggap sebagai dosa sosial.

Laporan IQNA; Apa-apa sahaja dalam masyarakat yang cuba mengganggu keselamatan rakyat dan menghalang manusia daripada mencapai kemajuan dan kesempurnaan rohani dianggap sebagai dosa sosial.

Manusia yang hidup bermasyarakat memerlukan keselamatan hidup, harta dan nama baik di peringkat perhubungan kekeluargaan, maka sebarang tindakan yang mengganggu keselamatan kawasan tersebut dianggap sebagai dosa sosial.

Pembunuhan, gangguan sosial seperti pukul, buang bayi dan penculikan adalah antara dosa sosial yang mengganggu dan mengancam nyawa manusia.

Sehubungan itu, Allah menyebut dalam Surah An-Nisa bahawa seorang mukmin atau mana-mana orang lain tidak berhak membunuh seseorang dengan sengaja dan seterusnya, Al-Quran mengatakan bahawa anda tidak boleh membunuh anak-anak anda sendiri juga kerana kemiskinan yang melampau, sama ada anak yang masih janin atau telah dilahirkan.

Memusnahkan keselamatan ekonomi rakyat adalah satu lagi dosa sosial. Sebagai contoh, Al-Quran memperkenalkan mencuri sebagai dosa, atau dalam Surah Al-Baqarah disebutkan riba dan Allah melarangnya, menimbun harta, mengurangi timbangan penjualan, dan berjudi adalah kedua-dua dosa yang disebutkan dalam Surah An-Nisa dan Allah telah mengharamkan manusia daripada keduanya, kerana ia menjejaskan keselamatan ekonomi; harta dan kewangan manusia.

Kebanyakan dosa yang dilakukan dengan lidah, seperti menfitnah, mengejek, mengumpat, berdusta, mengintip, mendedahkan rahsia orang, sering dilakukan dengan lidah dan digolongkan sebagai dosa sosial.

Mencabul nama baik orang lain, mencuit kata privasi orang lalu menjadikan isu, berzina dan hubungan terlarang juga merupakan dosa sosial.

Dosa sosial akan menjejaskan atau merugikan jiwa, raga, maruah dan harta manusia.

Lemahnya akidah dan hancurnya budaya asli susila masyarakat, musnahnya pandangan buruk terhadap dosa dan perbuatan mungkar, pecahnya kesucian amanah, pecahnya struktur keluarga, penodaan maruah diri masyarakat adalah antara kesan dan akibat dosa sosial.


4026157

captcha