IQNA

Kemunafikan adalah musuh terbesar masyarakat

11:12 - August 24, 2022
Berita ID: 3101420
TEHRAN (IQNA) - Sikap dua muka dan munafik adalah antara sifat yang dianggap sebagai gangguan sahsiah dan boleh memudaratkan masyarakat. Dualiti sahsiah dan konflik dalaman dan luaran adalah antara ciri-ciri orang yang mempunyai sifat munafik yang menyebabkan tindakan, percakapan dan tingkah laku peribadi dan sosialnya berbeza dengan orang kebanyakan.

Laporan IQNA; Salah satu isu penting yang dibincangkan dalam pelbagai surah Al-Quran ialah isu kemunafikan -Nifaq - «نفاق».

Nifaq bermaksud; pertentangan rupa dengan batin dengan tujuan memburukan Iman dan kebenaran.

Al-Quran menyebut golongan yang disebut "munafik" yang tidak mempunyai keikhlasan dan keberanian untuk beriman, tidak pula kekuatan dan keberanian untuk menentang secara terang-terangan, tetapi mereka telah menyusup masuk ke dalam kalangan orang-orang Islam yang sebenar beriman dan oleh kerana mereka berwajah Islam, orang kebanyakan sering sukar untuk mengenali mereka.

Al-Quran mendedahkan tanda-tanda yang tepat mengenai garis batin orang munafik.

Memandangkan Islam telah dipukul paling teruk oleh orang-orang munafik sepanjang sejarahnya, Al-Quran telah membicarakan orang-orang munafik dalam ucapannya yang paling jelas dan keras.

Tanda pertama kemunafikan adalah dualitas rupa; luar dan dalaman. Contohnya, mereka menyatakan agama dan iman dengan lidah mereka, tetapi tidak ada iman dalam hati mereka. Pembohongan ini adalah paksi utama kemunafikan. Allah berfirman dalam Al-Quran:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ

"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman." (Qs, Al-Baqarah 2:8)

Satu lagi tanda orang munafik ialah sumpah palsu, yang dianggap sebagai salah satu tipu muslihat orang munafik.

Apabila kumpulan ini melihat rahsia mereka terbongkar, mereka menafikan fakta dan juga bersumpah palsu untuk membuktikan perkara mereka.

captcha