IQNA

Pecah rekod derma darah dalam satu hari oleh Institut Islam England

8:26 - September 19, 2022
Berita ID: 3101549
TEHRAN (IQNA) - Pertubuhan amal Islam - Who Is Hussain- "Siapakah Hussain?", yang aktif di England, mampu memecahkan rekod menderma darah dalam satu hari di dunia dengan melancarkan satu kempen yang dimulai bulam Muharram Hussaini.

Laporan IQNA; Sebuah badan amal Islam di UK telah memecahkan rekod dunia derma darah dalam satu hari, beberapa bulan selepas Kementerian Kesihatan negara itu meminta penderma darah untuk menderma lebih banyak darah.

Usaha pendaftaran global sukarela ini telah dilancarkan pada bulan Ogos oleh Institut Who Is Hussain. Dipanggil #GlobalBloodHeroes, pusat derma darah di seluruh UK dan berpuluh-puluh lagi di 27 negara, termasuk Argentina, Iraq dan Thailand, mengumpul darah daripada lebih 37,000 orang.

Pendermaan darah itu bermula dari sebuah pusat di New Zealand dan berakhir di Amerika Syarikat.

Montazer Rai, pengarah badan amal ini, berkata: menderma darah adalah tindakan belas kasihan global yang boleh menyatukan orang di seluruh dunia. Kami sangat gembira kerana ramai penderma telah menderma darah buat kali pertama dan ramai yang telah berikrar untuk menderma sekali lagi dan semoga terus melakukannya untuk tahun-tahun akan datang.

37,018 orang menderma darah dalam kempen ini, memecahkan rekod sebelumnya iaitu 34,723 pada 2020.

Percubaan untuk merekodkan rekod dunia ini dibuat bertepatan dengan Muharram. Rai menambah: Sungguh luar biasa untuk berfikir bahawa pengorbanan tanpa mementingkan diri Hussein (as), yang hidup lebih daripada seribu tahun yang lalu, telah memberi inspirasi kepada lebih 37,000 orang untuk mengambil bahagian dalam kempen derma darah terbesar dalam sejarah.

"Siapa Hussain?" Ia adalah pertubuhan kerakyatan bukan kerajaan yang bertujuan untuk memaklumkan orang ramai tentang kehidupan dan warisan Imam Hussain (as).

4086193

captcha