IQNA

Mengapakah bahasa Arab penting dalam solat?

12:31 - October 03, 2022
Berita ID: 3101613
TEHRAN (IQNA) - Apabila Tuhan ingin berbicara kepada para nabi-Nya, Dia menyampaikan firman-Nya dengan bahasa nabi itu melalui malaikat wahyu (Jibril), dan firman-Nya ini, dengan izin-Nya, melalui malaikat diterjemahkan dari bahasa malakuti syurga ke bahasa dunia kebendaan dan ditulis menjadi kitab supaya pengikut nabi tersebut dapat memahami dan menjalankan perintah Tuhan.

Laporan IQNA; Agama-agama yang pada asalnya dari wahyu Tuhan seperti; Yahudi dan Nasrani -Kristiani- mempunyai kitab-kitab samawi seperti Taurat - تورات - dan Injil - انجیل - dan Allah SWT untuk berkomunikasi cepat dengan kaum bani Israel dan pengikut Isa Masih, dalam dua tempoh masa yang berbeza Tuhan bercakap dalam bahasa mereka masing-masing iaitu; bahasa Ibrani - «عبری»- Ibri - untuk bani Israel dan bahasa -«سریانی» Suryani - untuk umat Masihi, supaya mereka boleh menerima dan mentaati Tuhan tanpa perlu menterjemahkannya daripada bahasa asing ke dalam bahasa mereka.

Malah pada hari ini, penganut agama Yahudi dan Nasrani yang sama, jika mereka berniat untuk memeluk Islam, tidak boleh menunaikan solat lima waktu Islam dalam bahasa selain bahasa Arab, kerana Islam adalah agama samawi yang terakhir dan ia menghapuskan gaya ibadat agama-agama terdahulu. Mereka harus mengubah bentuk ibadah mereka yang terdahulu dan menjadikannya sebagai ibadah dalam kerangka agama Nabi Terakhir - Baginda Rasulillah Muhammad (SAW) yang berbahasa Arab.

Kini kes ini juga berlaku kepada kumpulan etnik bangsa-bangsa dan negara lain yang mempunyai bahasa bukan Arab, dan mereka harus mengikuti tradisi - sunnah- Nabi (SAW) dan menjadikan baginda (SAW) sebagai contoh dalam beribadah mereka, kerana Nabi Muhammad (SAW) diutus oleh Tuhan untuk seluruh umat manusia, tidak kira etnik, negara dan bangsa.

Untuk menunjukan kepentingan bahasa Arab, cukuplah jelas dalam firman Allah SWT:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." (Qs, Yusuf 12:2).

Sebelum menyebut bahasa Arab pada ayat ini mendahulukan sebutan Al-Quran sebagai bacaan yang diturunkan Tuhan untuk kamu sekalian cerdas berfikir dalam bahasa Arab, pemahaman ini nampak sangat jelas, tetapi ada makna yang lebih mendalam baginya, dan dengan kata lain, supaya audiens faham bahawa Tuhan merendahkan taraf firmanNya dan pertuturanNya dengan hamba-hambanya ke peringkat yang lebih rendah supaya hamba-hambaNya dapat memikirkannya.

Bahasa-bahasa dalam kitab suci bukanlah bukti keunggulan untuk suatu bangsa dan umat nabi-nabi dari agama samawi yang diturunkan wahyu Tuhan dengan bahasa itu, tetapi ia adalah tidak lebih sebagai alat perhubungan antara langit dan bumi yang wujud pada zaman yang berbeza sehingga para nabi dapat menerima mesej wahyu tanpa sebarang perubahan dalam perkataan dan mereka dapat menyampaikannya kepada umat seluruhnya dalam konteks tabyin, tablig dan terjemahan.

* Dipetik daripada nota Syed Mahmud Javadi

Nama:
Email:
* komen:
captcha