IQNA

Berita baik Allah kepada para penderma

8:39 - November 14, 2022
Berita ID: 3101803
TEHRAN (IQNA) - Dalam Surah Al-Baqarah, Allah menjanjikan pampasan berlipat ganda kepada orang-orang yang memberikan hartanya kepada fakir miskin kerana Allah.

Laporan IQNA; Menurut ayat Al-Quran, kekayaan di dunia ini adalah salah satu kurniaan Allah, dan terdapat saranan tentang cara memperoleh harta dan cara menggunakannya.

Ayat 31 Surah Al-A'raf menjelaskan beberapa perkara dalam hal ini:

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas." (Qs, Al-A'raaf 7:31).

Dalam ayat ini, Allah berpesan kepada hamba-hambaNya agar beribadah dan menggunakan nikmat serta menjauhkan diri dari berlebih-lebihan atau berlaku boros iaitu pengambilan belanja harta secara berlebihan.

Dalam Tafsir Noor, menurut budaya Al-Quran, dunia adalah tempat laluan dan tidak boleh dilihat sebagai tempat kekal menetap, tetapi tidak ada halangan untuk menggunakan nikmat dan menikmatinya.
Masalah yang dilarang oleh Al-Quran ialah terikat dengan dunia dan mengabaikan akhirat dan tidak berusaha untuk kebahagiaan akhirat.

Isu penting ini juga telah dibangkitkan dalam kenyataan lain oleh Al-Quran apabila mengisahkan kaum Nabi Syuaib (as) dalam Surah Hud;

وَاِلٰى مَدۡيَنَ اَخَاهُمۡ شُعَيۡبًا‌ ؕ قَالَ يٰقَوۡمِ اعۡبُدُوا اللّٰهَ مَا لَـكُمۡ مِّنۡ اِلٰهٍ غَيۡرُهٗ ‌ؕ وَلَا تَـنۡقُصُوا الۡمِكۡيَالَ وَالۡمِيۡزَانَ‌ اِنِّىۡۤ اَرٰٮكُمۡ بِخَيۡرٍ وَّاِنِّىۡۤ اَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ مُّحِيۡطٍ

"Dan kepada penduduk "Madyan" Kami utuskan saudara mereka: Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku! ... Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi (orang-orang yang bersalah)." (Qs, Hud 11:84).

قَالُوا۟ يَـٰشُعَيْبُ ... أَوْ أَن نَّفْعَلَ فِىٓ أَمْوَٰلِنَا مَا نَشَـٰٓؤُا۟

"Mereka berkata: "Wahai Syuaib! ...atau melarang supaya kami lakukannya apa yang kami suka melakukannya dalam menguruskan harta kami?" (Qs, Hud 11:87).

Pengikut hazrat Syuaib (as) mengadu kepada nabi Syuaib, mengapa anda tidak membiarkan kami membelanjakan modal dan wang kami sendiri, yang beliau sebut sebagai mengelakkan berlaku pemborosan.

Sudah tentu, tiada satu pun ayat Al-Quran melarang menggunakan harta dan nikmat Allah, seperti yang disebutkan dalam ayat 24 Surah at-Taubah;

قُلْ إِنْ كانَ آباؤُكُمْ وَ أَبْناؤُكُمْ وَ إِخْوانُكُمْ وَ أَزْواجُكُمْ وَ عَشيرَتُكُمْ وَ أَمْوالٌ اقْتَرَفْتُمُوها وَ تِجارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسادَها وَ مَساكِنُ تَرْضَوْنَها أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ ‌ وَ رَسُولِهِ وَ جِهادٍ في سَبيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللهُ‌ بِأَمْرِهِ وَ اللهُ‌ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفاسِقينَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (Qs, At-Taubah 9:24).

Maksud ayat tersebut ialah dunia itu baik selagi tidak melalaikan dari apa yang lebih baik, dan tidak ada yang lebih baik dan dicintai daripada keredhaan Allah.

Dalam ayat ini juga menyebutkan cara-cara mendermakan harta untuk mengelak dari kebergantungan kepada harta dunia, kerana bergantung kepada harta dunia menjadi asas berlaku dosa.

Itulah sebabnya Allah berfirman kepada Nabi (SAW):

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Qs, At-Taubah 9:103).

Oleh itu, seseorang yang bergantung kepada wang dan harta dan tidak membayar khumus dan zakat dia menjadi ketagih kepada wang dan harta sehingga menuju ke arah maksiat dan dosa.

وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّهِ وَتَثْبِيتًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِنْ لَمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan." (Qs, Al-Baqarah 2:265).

Menurut ayat ini, orang-orang digalakkan untuk membelanjakan sebahagian hartanya di jalan Allah dan dijanjikan oleh Allah bahawa mereka akan melihat hasil amalnya itu di akhirat kelak.

Menurut ayat yang mulia ini juga, orang baik yang mendermakan hartanya kerana keredhaan Allah akan mendapat pahala dua kali ganda.

*Dipetik daripada pelajaran Al-Quran, Hujjatul-Islam, Muhsin Qaraati, pentafsir Al-Quran Noor.

captcha