IQNA

Al-Quran bercakap mengikut realiti / 2

Memahami hakikat banjir adalah satu permulaan untuk bertindak mencegahnya dari merugikan kehidupan manusia

7:50 - December 22, 2022
Berita ID: 3101973
TEHRAN (IQNA) - Hujan adalah rahmat Allah dan punca kehidupan, tetapi kadang-kadang disebabkan beberapa sebab, ia menyebabkan banjir dan kemusnahan. Yang paling penting adalah: sebab manusia, refleksi tindakan, penderitaan dan ujian dan mencapai kedekatan dengan Tuhan (قرب الهی - qurbu ilahi).

 Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan direkod menurun pagi hari ini walaupun beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di Jeli kembali dibuka. Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan melaporkan sehingga jam 9 pagi hari ini 30,143 mangsa banjir berlindung di PPS seluruh negeri berbanding 32,029 yang direkodkan petang semalam - (Bharian).

Memahami hakikat banjir adalah satu permulaan untuk bertindak mencegah banjir yang merugikan kehidupan manusia

Banjir merupakan salah satu fenomena alam yang apabila menimpa manusia dan harta bendanya, manusia menganggapnya sebagai musibah dan punca penderitaan, tetapi manusia perlu sedar bahawa di sebalik fenomena alam ini, terdapat perkara-perkara berharga yang kebanyakan manusia tidak cekap memikirkannya sehingga tidak cekap mengatasi bahayanya. Pengetahuan punca banjir perlu dipelajari oleh kita semua, khususnya para ahli kerajaan dan pemerintah yang menangani bidang menjaga keselamatan manusia dan alam sekitar dari pelbagai hal yang mengancam keselamatan kehidupan bersama.

Merujuk dan meneliti kitab suci Al-Quran berkaitan fenomena banjir adalah langkah berkesan untuk dimajukan kepada langkah pencegahan. Berdasarkan pengumuman Al-Quran, hujan yang turun mempunyai jumlah tertentu.

Hujan yang turun mempunyai jumlah tertentu

Sebagaimana pernyataan Surah Ra’d ayat 17:

«أَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَسَالَتْ أَوْدِیَةٌ بِقَدَرِها فاحتَمَلَ السَّیلُ زَبَداً رابِیاً»

“Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung." (Qs, Ar-Ra'd 13:17).

Juga, dinyatakan dalam ayat 18 Surah Al-Mu'minuun:

وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَآءِ مَآءً بِقَدَرٍ

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu".(Qs, Al-Mu'minuun 23:18).

Perkara yang menarik dari bahagian ayat ke-17 Surah Ra'd ini dan ayat-ayat lain dengan tema yang sama adalah bahawa Tuhan merujuk kepada hujan dalam Al-Quran dalam jumlah tertentu.

Tafsiran «قدر» "Qadr" adalah merujuk secara halus kepada sistem khusus yang mengawal hujan yang turun dalam jumlah yang berguna dan berbuah serta tidak memudaratkan.

Apabila hujan turun dalam jumlah tertentu dan membuahkan hasil, maka mengapa hujan menyebabkan banjir dan kemusnahan nyawa dan harta benda? Apakah falsafah - hakikatnya? Sebagai tindak balas, kami berkata: Ia boleh mempunyai banyak sebab yang berbeza, yang boleh diringkaskan dalam tiga sebab penting:

1. Sebab manusia:

Salah satu punca banjir dan hujan yang memusnahkan adalah kekurangan pengurusan atau salah urus dan manipulasi manusia yang tidak berkira dalam persekitaran semula jadi dan juga kelakauan melampau batas Syariah, moral dan etika dengan kata ringkas 'dosa' sebagai contoh; Memusnahkan hutan atau menjadikan terusan sebagai laluan (jalan raya), inilah faktor-faktor yang mempengaruhi kemudaratan hujan, jika tiada pengurusan atau lemah, rahmat itu menjadi laknat - atau dengan kata yang lebih halus - punca musibah perilaku manusia sendiri.

 مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri." (Qs, An-Nisaa' 4:79).

Dalam ayat lain Tuhan berfirman:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Qs, Ar-Ruum 30:41).

2. Ujian:

Dalam ayat-ayat Al-Quran, Allah menerangkan kisah-kisah yang dialami oleh orang-orang mukmin mengenai ujian dan kesusahan dalaman mereka. Salah satu masalah ini ialah banjir, satu lagi boleh menjadi gempa bumi. Jenis lain boleh menjadi kematian saudara atau orang tersayang. Jenis lain lagi mungkin kejadian sosial yang ganas. Allah memberi pelajaran dalam setiap fenomena ini. Apabila kita merujuk kepada ayat-ayat yang menunjukkan penderitaan orang beriman dalam peristiwa yang sukar dan menyakitkan, akan kita dapati ayat-ayat seperti berikut:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar". (Qs, Al-Baqarah 2:155).

Oleh itu, kita perlu bersabar dalam ujian ini dan Tuhan perlu menguji manusia untuk manusia tahu kesabaran yang membawa hasil dikaruniai kemenangan oleh Tuhan untuknya.

3. Pendekat diri manusia kepada Tuhan:

Satu lagi jenis perasaan ini dinyatakan oleh Tuhan dalam ayat lain di dalam surah Al-Ankabut ayat 65 berbunyi:

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ

"Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya." (Qs, Al-'Ankabuut 29:65).

Apabila manusia ditimpa musibah, mereka bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah, kerana mereka telah putus harapan dalam segala sesuatu dan baharu mereka merasai keperluan kepada Tuhan yang mereka berlalai apabila keadaan mereka aman dan senang.

Keadaan yang paling dekat dengan Allah ialah; apabila kita berputus asa dan berharap hanya kepada Allah. Demikian Allah merekodkan keadaan ini dalam Ayat Al-QuranNya:

أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللَّهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)." (Qs, An-Naml 27:62).

Pada saat banjir, seseorang, dalam keadaan tidak berdaya dan putus asa dari semua orang dan segala-galanya, hanya berseru kepada Tuhan, dan mungkin boleh dikatakan bahawa ini adalah tangisan paling tulus yang dimiliki seseorang. Laungan yang ditimbulkan dari perpisahan dengan Tuhan, walaupun kita katakan ianya kerana terpaksa, namun ia tetap paling berharga bagi hakikat kehidupan manusia itu sendiri.

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." (Qs, Ar-Ra'd 13:11).

*#mengubah#bencana#peluangbaik#kemanusiaan.

captcha