IQNA

Masjid Marmar; Permata di Tarek Cairo Citadel + video & gambar

5:57 - January 29, 2023
Berita ID: 3102151
TEHRAN (IQNA) - Masjid Muhammad Ali atau Masjid Marmar, selepas hampir dua abad pembinaannya, masih bersinar dengan menara tinggi dan kubah marmar di atas kubu bersejarah Kaherah (Cairo), seperti permata dalam seni bina Islam Kaherah semasa pemerintahan gabenor Uthmaniyyah Mesir.

Laporan IQNA, memetik Al-Ahram Mesir; Masjid Muhammad Ali merupakan antara masjid paling terkenal dan tercantik dalam sejarah Kaherah, yang juga dikenali sebagai Masjid Marmar atau Masjid Alabaster kerana penggunaan marmar khas pada zahirnya.

Pada tahun 1830, Muhammad Ali Pasha, (pengasas Mesir Baru, gabenor Mesir Uthmaniyyah dari 1805 hingga 1849) menugaskan arkitek Uthmaniyyah Yusuf Bushnaq untuk melaksanakan pembinaan kerja ini.

Kerja-kerja pembinaan dimulakan serta-merta, arkitek dan artis yang membina bangunan ini rata-rata orang Mesir atau dari Istanbul.
Pembinaan masjid itu bertahan lebih daripada dua puluh tahun.

Masjid Muhammad Ali Pasha mempunyai ciri-ciri seni bina yang istimewa yang membezakannya dengan masjid-masjid Mesir yang lain.

Dua menara masjid dengan ketinggian 84 meter ini merupakan menara tertinggi di antara masjid bersejarah. Masjid ini mempunyai 365 tanglung (lampu) sepadan dengan bilangan hari dalam setahun, dan empat puluh tanglung indah masjid ini adalah yang terunik di Mesir.

 

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

مسجد محمدعلی جواهری بر فراز ارگ قاهره

4114999

captcha