IQNA

Menjelang ketibaan bulan suci Ramadan;

Umat Islam sedunia perlu bersatu untuk membebaskan Palestin

13:58 - March 13, 2023
Berita ID: 3102333
TEHRAN (IQNA) - "Kita mesti membebaskan Palestin" Kata-kata ini untuk pertama kalinya diucapkan oleh seorang pemimpin perjuangan yang telah membebaskan rakyat dan tanah airnya dari tiran yang berkuasa selama 2500 tahun. Apabila sahaja revolusi Islam Iran menancapkan bendera kemenangannya, serta-merta pemimpin itu berkata; Langkah selanjutnya adalah membebaskan Palestin yang sedang diduduki oleh rejim Israel (dajal zaman) yang disokong oleh syaitan besar - Amerika syarikat.

Laporan IQNA; Allah SWT Berfirman dalam ayat;

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Qs, Al-Israa' 17:1).

Nama tanah Palestin yang bertempat di atasnya Masjidil Aqsa, sudah terlebih dahulu dikenal oleh masyarakat dunia, khususnya dunia Islam yang memiliki tempat-tempat suci yang bersejarah ribuan tahun berkaitan dengan sejarah Nabi-nabi  Allah diantaranya Nabi Daud (as) dan Sulaiman (as) yang juga di tanah ini telah bertapak syiar-syiar ketuhanan Allah SWT seperti Masjidil Aqsa, masjid Ibrahimi dan tanah yang digelar Baitulmaqdis, yang menjadi tempat tinggal umat Arab muslim sebagai mayoriti terbesar dari jumlah penduduknya hingga sekarang.

Tetapi gerakan zionis Israel yang baru muncul dalam abad ke-20, sekitar 70an tahun yang lalu, muncul dalam bentuk aliran keganasan untuk merebut dan menjajah yang disokong secara politik dan militer oleh penguasa global yang ingin mencipta konflik berterusan di rantau timur tengah untuk menghasilkan kepentingan dari hasil alam yang kaya-raya tanah rantau ini.

Aliran keganasan zionis Israel yang datang menduduki dan menjajah tanah air rakyat Palestin dengan merampas hak hidup mereka untuk berdirinya negara asing Israel, tidak sunyi dari tindakan balas penentangan rakyat asli tanah ini, hingga sekarang gerakan pembelaan dan tuntutan kemerdekaan dan pembebasan Palestin masih terus berkobar dan bahkan kekuatan Palestin telah memiliki paksi pertahanan yang sulit bagi rejim asing Israel untuk terus berleluasa menjajah rakyat dan tanah air Palestin.

Gaung perjuangan melawan agresor asing yang datang menjajah Palestin yang telah menjadi simbul perjuangan - Muqawamah - penentangan kezaliman atas hak-hak asasi kemanusiaan, telah mencapai level global bagi seluruh umat manusia yang masih memiliki hati nurani kemanusiaan, setiap tahun menjadi lahan untuk menggelar unjuk rasa umat menolak keganasan yang berakar dari gerakan zionis Israel atas rakyat Palestin yang telah merebak di seluruh dunia yang telah menyaksikan kelakuan jenayah dan keganasan rejim Israel sehingga membuat masyarakat dunia, khususnya umat Islam semakin sedar terhadap wujud kerosakan rejim zionis Israel dan kewajipan untuk segera menolak kehadiran rejim ini untuk tidak bertapak terus di bumi Palestin.

"Kita mesti membebaskan Palestin"
Kata-kata ini merungkai jaringan akar dan dahan-dahannya yang menjalar ke seluruh urat nadi kehidupan pribadi dan ummah dan juga umat lain yang anti penjajahan; ikut melaungkan derita rakyat Palestin, barisan unjuk rasa, keluar melaung dan meneriakkan slogan-slogan yang mendesak mundur keganasan dan penjajahan Israel atas rakyat Palestin yang diisytiharkan pada setiap hari Jumaat terakhir bulan suci Ramadan dengan disepakati serentak oleh bangsa-bangsa negara yang berhati nurani kemanusiaan di seluruh dunia.

Umat Islam sedunia perlu bersatu untuk membebaskan Palestin

Pemimpin besar Islam kontemporari Ruhullah al-Musawi al-Khumaini (qsz) itu bahkan bukan hanya menggulingkan tiran yang bercokol lama di tanah airnya, tiran abad kedua puluhan dalam tanah persada negaranya juga yang dianggap sebagai kuman yang menyebarkan pelbagai penyakit di tanah rantau timur-tengah, kuman keganasan dan peperangan yang digelarnya sebagai "Syaitan besar" yang memelihara rantaian tiran akhir 2500 tahun negaranya, berhasil diusir untuk tidak memanjangkan tiraninya ke dalam tanah air dan kemaslahatan bangsanya lagi.

Tidak lama setelah kejayaan Revolusi Islam Iran yang terjadi 11 Februari 1979 yang bersamaan dengan 13 Rabiul awal 1399 Hijriah Qamariah dan bertepatan dengan 22 Bahman 1357 Hijriah Syamsiah, pada bulan puasa pertama tahun pertama kemenangan Revolusi Islam itu, Hazrat Imam Khumaini (qsz) mengumumkan hari Jumaat terakhir bulan suci Ramadan sebagai hari al-Quds sebagai cadangan yang diharapkan bermulanya azam pembebasan Palestin dari penjajahan rejim zionis Israel, dengan beliau (ra) berkata: “Saya mengajak seluruh umat Islam sedunia untuk memilih dan mengisytiharkan hari Jumaat terakhir bulan Ramadan, yang merupakan salah satu dari hari Qadar dan boleh menentukan nasib rakyat Palestin, sebagai "Hari Quds", sempena satu majlis, solidariti antarabangsa orang Islam untuk menyokong hak undang-undang rakyat Palestin."

"Saya melihat Hari Quds sebagai hari Islam dan hari Nabi yang mulia, dan ia adalah hari apabila kita harus melengkapkan semua pasukan kita; Dan orang-orang Islam harus keluar dari pengasingan yang telah menyeret mereka, dan berdiri dengan segala kemampuan dan kekuatan melawan arogansi asing". (Sahifah Imam, jld. 9, hlm. 278).

captcha