IQNA

Kenyataan Hamas pada majlis ulang tahun Syuhada Jemaah solat Masjid Ibrahimi Palestin

9:10 - February 26, 2023
Berita ID: 3102263
TEHRAN (IQNA) - Dalam satu kenyataan akhbar pada kesempatan ulang tahun ke-29 pembunuhan di Masjid Ibrahimi Palestin, gerakan Hamas menggesa orang-orang Palestin untuk semua lapisan dalam dan luar Palestin supaya mengukuhkan perpaduan negara dan mengukuhkan insentif mengembalikan hak dan pertahanan tanah air dan kesuciannya.

Laporan IQNA; Pada hari Sabtu, 25 Februari, ia bertepatan dengan ulang tahun ke-29 pembunuhan yang dilakukan tentera zionis Israel ke atas Jemaah Masjid Ibrahimi di Al-Khalil, di mana 29 orang Palestin telah syahid dan 150 lagi cedera.

Gerakan Perjuangan Islam mempertahankan Palestin (Hamas) mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa percubaan untuk pendudukan Yahudi di kota Al-Khalil di Tebing Barat adalah jenayah yang tidak akan berjaya memalsukan dan mengubah fakta-fakta sejarah: Jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang telah berlaku dalam sejarah, tidak akan tidak dijawab, kehendak rakyat Palestin akan terus berjuang untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas oleh Zionis Israel.

Dalam siaran akhbar pada kesempatan ulang tahun ke-29 pembunuhan di Masjid Ibrahimi, pergerakan Hamas menggesa orang-orang Palestin untuk semua lapisan dalam dan luar Palestin supaya mengukuhkan perpaduan negara dan mengukuhkan insentif untuk mencapai semula hak dan pertahanan tanah air dan tempat-tempat suci muslimin dan kemanusiaan Palestin.

Pergerakan Hamas terus menyatukan semua anak-anak Palestin di semua bandar, kampung, kem pantai barat dan Al-Quds yang diduduki, untuk terus melawan Israel - musuh, dan mempertahankan kembali tanah Palestin dan kesuciannya terhadap bahaya jenayah Yahudi zionis pelampau, dengam sekuat-kuasa memperjuangkannya.

Hamas menekankan: semua langkah untuk Judaisme yang dirancang yang dihadapi oleh Masjid Ibrahimi, termasuk penaklukan masjid Al-Quds, tindakan penghinaan, penutupan tempat-tempat suci dan larangan melakukan ibadah solat berjamaah di masjid Al-Aqsa dan masjid Abrahimi dalam bayang-bayang distorsi sejarah adalah satu percubaan Israel yang tidak akan ke mana, dan Masjid Ibrahimi akan kekal sebagai tempat ibadah umat Islam yang murni.

Hamas terus memanggil Arab dan Ummah Islam, kerajaan dan semua institusi dan organisasi muslim global untuk menggerakkan pasukan dan kemudahan di semua peringkat dengan tujuan untuk menyatukan kemampanan negara Palestin dan menggesa mereka untuk mengesahkan perjuangan Palestin dalam menyokong tanah bersejarah bangsa dan tempat perlindungan suci ibadah umat Islam dan juga umat Kristian mereka.

Kenyataan itu juga menggesakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan institusi gabungannya dan semua organisasi hak asasi manusia antarabangsa untuk penjenayah - rejim Zionis yang melanggar komitmen, yang dilakukan terhadap Masjid Ibrahimi dan semua tempat suci Islam dan Kristian supaya Pemimpin-pemimpin zionis dipanggil ke mahkamah jenayah antarabangsa.

Pada hari Jumaat pagi, 26 Februari 1994, yang bertepatan dengan 15 hari bulan suci Ramadan, Baruch Goldstein seorang doktor Yahudi pelampau bersama sekumpulan kependudukan Israel dan tentera Zionis melakukan tembakan membuta pada Jemaah solat subuh masjid Ibrahimi yang berakibat 29 orang gugur syahid dan 150 orang mengalami cedera.

4124287

captcha