IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 3 - Nabi Ibrahim (as)

Kepentingan keluarga dalam pendidikan

10:42 - June 08, 2023
Berita ID: 3102680
TEHRAN (IQNA) – Salah satu wadah yang paling penting untuk pendidikan manusia ialah keluarga, yang diberi perhatian oleh Nabi Ibrahim (as) untuk mempengaruhi anak-anak dan khalayaknya.

Memandangkan keluarga merupakan bahagian pertama dalam sesebuah masyarakat, ia mempunyai kepentingan khusus dalam pendidikan ahli masyarakat. 

Setiap manusia dilahirkan dalam masyarakat pertama di sekeliling mereka iaitu keluarga. Jelas sekali, hubungan ahli keluarga antara satu sama lain atau tanggungjawab yang mereka pikul mempengaruhi pembentukan keperibadian mereka dan cara mereka berinteraksi dengan masyarakat.

Dalam sejarah pendidikan Hazrat Ibrahim (as), salah satu komponen pertama yang terlintas di fikiran ialah perhatian khusus beliau terhadap keluarganya. Al-Quran menggambarkan dua bahagian kehidupan Nabi Ibrahim (as) yang masing-masing mempunyai aspek pendidikan.

Pada bahagian pertama, Ibrahim adalah seorang kanak-kanak yang melihat bapa saudaranya, Azar, dalam kesesatan dan dengan nada yang baik hati melarangnya daripada pekerjaan jeleknya. 

Dalam bahagian kedua, Ibrahim (as) adalah seorang bapa yang memerintahkan anak-anaknya dan meminta natijah yang baik untuk anak-anaknya dalam banyak doa yang dipetik daripadanya di dalam Al-Quran.

1. Abrahim semasa kecil
Dalam bahagian ini, Hazrat Ibrahim (as) melarang bapa saudaranya daripada menyembah berhala dan mengikuti syaitan, tetapi dia menjawab: 

قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ ءَالِهَتِى يَـٰٓإِبْرَٰهِيمُ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَٱهْجُرْنِى مَلِيًّۭا 
"(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa". (Qs, Maryam 19:46).

Tetapi daripada marah atau ingin terus berdebat dengannya, Nabi Ibrahim berkata dengan nada yang baik: 

قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ بِى حَفِيًّۭا 
"Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku." (Qs, Maryam 19:47).

Malah, Ibrahim membuat tindak balas yang berbeza terhadap keganasan dan ancaman Azar dan menjanjikan keselamatan kepadanya serta memohon ampun kepada Allah.

2. Ibrahim sebagai bapa
Sebagai seorang bapa, Hazrat Ibrahim (as) amat penting kepada anak-anaknya dalam dua bidang:

a. Berdoa untuk masa depan anak-anak
Jika anda melihat doa hazrat Ibrahim (as) di dalam Al-Quran, anda akan menyedari bahawa fokus doanya adalah kebajikan, dan menariknya, dalam doa-doa ini, dia bukan sahaja meminta kebaikan ini untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk anak-kana dan generasi mendatangnya. Dan ini boleh menjadi titik pendidikan untuk kita manusia bahawa apabila kita berdoa, kita memohon kepada Tuhan untuk kebaikan untuk anak-anak kita, bukan hanya untuk diri kita sendiri;

رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ 
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku." (Qs, Ibrahim 14:40).

b. Memberi wasiat di saat-saat akhir hidup kepada anak-anaknya
Dengan memetik wasiat hazrat Ibrahim (as), Al-Quran ingin mendidik manusia dengan supaya mengikuti teladan hazrat Ibrahim (as); bahawa anda bukan sahaja bertanggungjawab terhadap anak-anak anda hari ini, tetapi anda juga bertanggungjawab terhadap masa depan mereka. Jangan hanya risau tentang kehidupan material anak-anak anda selepas kematian anda, tetapi apabila anda menutup mata dari dunia, fikirkan juga kehidupan rohani dan keagamaan anak-anak anda selepas anda meninggal dunia;

وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبْرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 
“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Qs, Al-Baqarah 2:132).

captcha