
Laporan IQNA dari Khorasan Razav, memetik Astan News; Pada 3 November, dengan kehadiran sekumpulan khadim Haram suci Razavi, para penziarah dan penduduk setempat, bendera di kubah bercahaya serta kain penutup pada makam suci Imam Reza (a.s) telah diganti sebagai tanda penghormatan dan memperingati kedudukan mulia Sayyidah Fatimah Zahra (s.a).
Sempena hari-hari duka ini, seluruh kawasan dan serambi, menara serta saqa-khaneh «سقی خانه»/ rumah air minum di Makam suci Razavi turut dihiasi dengan kain hitam dan panji-panji bertulis nama suci Sayyidah Fatimah Zahra (s.a).
Berikutan tibanya hari memperingati kesyahidan Sayyidah Zahra (s.a), majlis khas berkabung akan diadakan oleh Bahagian Dakwah Islamiah Makam suci Razavi dengan kehadiran para pencinta dan penziarah Fatimiyah.
Majlis pagi kesyahidan Sayyidah Zahra (s.a) telah berlangsung pada Selasa bermula jam 9 pagi di kawasan «رواق» Imam Khomeini (r.a).
Upacara tersebut dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Jalil Ashrafi «جلیل اشرفی», diikuti dengan ucapan oleh Hujjatul Islam Abdus «حجة الاسلام عدبوس», deklamasi puisi oleh Sayyid Abul Fadhl Mobarez «سید ابو افضل المبارز», serta bacaan marthiya (ratapan) oleh Reza Atashbar «رضا عتسبر».
Majlis berkabung malam kesyahidan Sayyidah Fatimah Zahra (s.a) juga diadakan selepas solat Maghrib dan Isyak di Ravagh Imam Khomeini (r.a). Upacara tersebut dimulakan dengan bacaan Ziarat Aminullah «زیرة امين الله» oleh Masoud Pirayesh «مسعود پیرایش», diikuti dengan bacaan ratapan dan doa bersama.
4314573