Kita manusia sering menghadap Tuhan apabila kita kecewa dalam segala-galanya. Dalam keadaan ini, seseorang mengingati Tuhan, tetapi dalam tugas kecil kehidupan, harapan kita bergantung kepada orang lain, seolah-olah orang kata perkara besar adalah tanggungjawab Allah dan perkara kecil adalah tanggungjawab manusia.
Bahagian yang paling penting dalam tauhid ialah tauhid dalam sistem sosial, yang bermaksud bahawa Tuhan hadir dalam kehidupan seharian kita.
Jika kita menggunakan alasan yang rasional untuk membuktikan kewujudan Tuhan dan membuktikan sifat-sifat keesaan Tuhan, tetapi kita mengambil jalan hidup yang berbeza dan mengabaikan kesaanNya, tauhid yang sedemikian tidak ada nilainya bagi kehidupan seseorang.
Sekiranya terdapat kepercayaan dalam minda, kepercayaan ini harus menunjukkan dirinya dalam kehidupan. Jika Allah tidak hadir dalam hidup kita, kita akan mengalami segala macam kesyirikan dalam hidup dan kita akan menyaksikan segala macam penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat.
Imam Sadiq (as) berkata dalam sebuah hadis;
وَ كَذَلِكَ مَنْ عَظُمَتِ الدُّنْيَا فِي عَيْنِهِ وَ كَبُرَ مَوْقِعُهَا مِنْ قَلْبِهِ آثَرَهَا عَلَى اللَّهِ تَعَالَى، فَانْقَطَعَ إِلَيْهَا وَ صَارَ عَبْداً لَهَا
Yang bermaksud, bahawa; "Dan demikianlah bagi seseorang yang mengagungkan dunia di pandangannya dan membesarkan kedudukan kesan dunia atas Allah Yang Maha Agung, maka ia akan putus dari kesan Allah di dalam hatinya maka jadilah ia hamba dunia".
Dunia telah muncul di mata manusia dan telah berkembang sedemikian rupa sehingga ia tidak meninggalkan tempat untuk akhirat.
Ini adalah isu yang sangat penting. Jika seseorang itu benar-benar takut akan sesuatu, dia berfikir dan mengambil tindakan. Jika ketakutan kita terhadap kiamat serius, banyak perkara yang berbeza akan berlaku dalam hidup kita.
Manusia lebih suka utamakan hari ini daripada esok, terdapat beberapa sebab; Salah satunya ialah orang tidak mempercayai masa depan, dalam hal ini, jelas sekali kita tidak memandang serius janji-janji Al-Quran dan kita tidak percaya janji-janjiNya yang pasti akan menjadi kenyataan.
Sebab kedua ialah tekanan hidup dan kelemahan dalam rintangan, alasan lain ialah kadang-kadang manusia tidak memahami nilai perkara yang lebih besar, tetapi mereka memahami nilai perkara yang kecil. Satu lagi sebab untuk pengabaian ini adalah kelemahan kemahuan dan azam untuk perbaikan diri.
* Petikan kata-kata Mohammad Reza Yusufi (محمدرضا یوسفی) dalam sesi bacaan khutbah Nahjul-Balaghah ke-160.