IQNA

Al-Azhar: Keutamaan haji adalah sama dengan Jihad

10:55 - June 10, 2023
Berita ID: 3102686
Pusat Fatwa Elektronik Antarabangsa Al-Azhar menegaskan dalam laporan bahawa keutamaan haji adalah sama dengan Jihad di jalan Allah, dan melaksanakan tugas ketuhanan ini membawa kepada pengampunan dosa.

Laporan IQNA, memetik laman berita "Sedae Al-Balad" «صدی البلد»; Pusat Fatwa Elektronik Antarabangsa Al-Azhar menjelaskan dalam laporan tentang keutamaan Haji ke Baitullah dan pahalanya.
 
Menurut laporan pusat ini, "Haji adalah rukun Islam yang kelima, dan Syariat Islam mempunyai penekanan khusus untuk melaksanakannya dan telah mewajibkannya kepada mereka yang mampu."
 
Pusat Fatwa Elektronik Antarabangsa Al-Azhar mengumumkan: “Haji adalah salah satu amalan terbaik yang mendekatkan kita kepada Allah. Diriwayatkan daripada Rasulullah (SAW), yang bermaksud bahawa ia adalah salah satu amalan yang paling baik dan beliau menyebutnya bersama dengan keimanan kepada Allah dan berjihad di jalan Allah.
 
Pusat itu juga menyifatkan ibadah haji sebagai pengampunan dosa dan berkata: Nabi (SAW) bersabda;

مَنْ حَجَّ ِللهِ فَلَمْ یَرْفَثْ وَ لَمْ یَفْسُقْ رَجَعَ کَیَوْمٍ وَلَدَتْهُ اُمُّهُ
Yang bermaksud: "Sesiapa yang haji ikhlas kerana Allah; tidak mengeluarkan perkataan buruk dan tidak melakukan kerosakan (dosa), maka dia kembali seperti hari dia dilahirkan daripada ibunya, (tidak mempunyai dosa)."

Pusat Fatwa Elektronik Antarabangsa Al-Azhar menegaskan dalam laporan ini bahawa menurut riwayat Nabi (SAW), haji adalah seperti Jihad.

4146597

captcha