Salah satu kaedah mendidik yang menyediakan kerohaniahan seseorang ialah kaedah toleransi. Toleransi bermaksud seseorang itu menjalankan urusannya dengan menggunakan tingkah laku yang lemah lembut, kaedah ini sangat berkesan dalam pendidikan manusia sehingga boleh dikatakan: dengan menggunakan kaedah ini sesiapa sahaja boleh menjadikan lawannya bersetuju dan yang bersetuju menjadi kawan.
Jika nabi, guru dan pendidik manusia ingin menggunakan ketegasan tingkah laku yang tidak wajar dan keras, sudah tentu pelajar atau masyarakat umum akan kecewa dan tidak mengikut nabi atau guru tersebut. Oleh itu, tingkah laku dengan lemah lembut adalah salah satu prinsip pendidikan para nabi ilahi dan asas urusan akhlak di hadapan orang lain.
Hazrat Ibrahim (as) sebagai salah seorang Nabi pertama menggunakan kaedah toleransi dan Tuhan telah menyebut beberapa bahagian ini dalam Al-Quran. Sebagai contoh:
Apabila tetamu yang tidak dikenali pergi ke rumah Nabi Ibrahim (as), setelah Ibrahim mengenali mereka, Nabi Ibrahim (as) menyedari bahawa tetamu ini mempunyai misi untuk pergi kepada kaum Lut dan akan menyeksa mereka dengan azab. Hazrat Ibrahim (as) mencanangkan dialog dengan mereka, dengan harapan, kaum Lut tidak dihukum azab.
فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ وَ جَاءَتْهُ الْبُشْرَى يجَادِلُنَا فىِ قَوْمِ لُوط
“Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah - berdialog dengan (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut". (Qs, Hud 11:74).
Hujah dalam dialog Nabi Ibrahim (as) dengan para utusan ini bukanlah untuk membela kaum Lut atau menentang perintah Tuhan, tetapi apa yang muncul dari ayat seterusnya adalah bahawa hazrat Ibrahim (as) sangat penuh kasih sayang dan toleransi, dengan memberi harapan bahawa kaum Lut akan bertaubat daripada kelakuan dosa mereka, sehingga mereka akan kembali sadar dari kelalaian mereka, dalam kesinambungan ayat ini menunjukkan sifat toleransi dan kelembutan hati hazrat Ibrahim (as):
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيب
"Sesungguhnya Nabi Ibrahim, penyabar, lembut hati (bertimbang rasa) lagi suka kembali kepada Allah dengan mengerjakan amal bakti". (Qs, Hud 11:75).
Dalam Surah Hajj, Allah mewajibkan semua umat Islam untuk mengikuti agama Ibrahim (as) dan memperkenalkan agama nabi Ibrahim sebagai agama yang selaras dengan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah Muhammad (SAW).
وَ جَاهِدُواْ فىِ اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَئكُمْ وَ مَا جَعَلَ عَلَيْكمْ فىِ الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ سَمَّئكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ وَ فىِ هَاذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكمْ وَ تَكُونُواْ شهَدَاءَ عَلىَ النَّاسِ فَأَقِيمُواْ الصَّلَوةَ وَ ءَاتُواْ الزَّكَوةَ وَ اعْتَصِمُواْ بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَئكمْ فَنِعْمَ الْمَوْلىَ وَ نِعْمَ النَّصِير
"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan". (Qs, Al-Hajj 22:78).
Oleh itu, nabi Ibrahim Khalilur Rahman (خلیل الرحمان) sentiasa mempunyai sikap toleransi, baik dalam cara praktikalnya (berbantah tentang kaum Lut) mahupun dalam agama dan ritualnya (merujuk kepada ayat 78 surah Hajj), dan kerana dia adalah seorang guru dari Tuhan, yang tidak mematahkan harapan umatnya dari agama Allah, dan sentiasa berusaha memberi jalan petunjuk yang mudah untuk beragama bagi mereka.