Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pejabat Pemimpin Spirituil Tertinggi Dunia Islam, Ayatullah Khamenei; Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, dalam satu perutusan sempena Kongres Haji Agung, menyebut ibadah haji sebagai panggilan global untuk kecemerlangan manusia dan asas untuk peningkatan rohani dan moral manusia dan menekankan: Mesej Haji adalah perlu untuk kesan global; pemahaman yang betul dan pengiktirafan Umat Islam dari alamat yang memberi kehidupan kepada tugas yang penuh rahsia ini berdasarkan dua rukun "perpaduan" dan etika "kerohanian".
Pemimpin Revolusi Islam itu menamakan kesatuan Umat Islam dalam erti kata dialog, komunikasi intelektual dan praktikal, sinergi dan penumpuan orientasi, kerjasama dan hubungan ekonomi negara-negara Islam dan menambah: dimensi lain dari perpaduan ini ialah dialog ulama-ulama dan pemikir mazhab Islam yang berlandaskan niat baik, toleransi dan adil, yang merapatkan hubungan antara satu sama lain di kalangan para elit negara-negara Islam.
Mengenai perpaduan, Ayatullah Khamenei juga menyebut bahawa pemimpin politik dan budaya negara-negara Islam harus berkoordinasi antara satu sama lain untuk mempersiapkan diri menghadapi keadaan tatanan dunia baru yang akan datang agar Umat Islam mendapat kembali tempat yang sepatutnya dan pengalaman pahit dalam bidang politik dan wilayah, selepas perang dunia pertama tidak terulang kembali.
Beliau menganggap etika "kerohanian", yang merupakan satu lagi dari dua tonggak yang berkesan dari seruan global Haji, yang bermaksud promosi etika agama dan menghadapi daya tarikan yang sangat rendah agama Barat, dan menyatakan: Hari ini, "perpaduan" dan "kerohanian" Umat Islam sebagai akibat usaha jihad penentangan terhadap Amerika dan kutub-kutub keangkuhan negara-negara kuasa dunia, dengan pemahaman negara-negara Islam dan agama dan ajaran agama generasi muda negara-negara ini, terdedah kepada permusuhan lebih daripada masa lalu, oleh itu menjadi kewajipan semua negara dan kerajaan Islam untuk menentang rancangan jahat ini.
Di akhir mesejnya sempena Muktamar Haji Besar Umat Islam, Pemimpin Revolusi Islam itu menyarankan pengukuhan semangat berlepas diri (برائة ) umat Islam daripada kaum musyrikin dan menyebarkan serta mendalaminya dalam persekitaran kehidupan global dunia Islam.
Teks mesej Pemimpin Revolusi Islam adalah seperti berikut:
بسماللّهالرّحمنالرّحیم
و الحمد للّه ربّ العالمین و صلّی اللّه علی الرّسول الاعظم محمّد المصطفی و آله الطّیّبین و صحبه المنتجبین
Panggilan Ibrahimi untuk Haji dan seruan globalnya, sekali lagi dari hati sejarah, ditujukan kepada seluruh pelusuk dunia sebagai audiens panggilan ini yang memenuhi hati mereka yang cenderung dan ingat terhadap semangatnya. Seruan jemputan ini ditujukan kepada semua manusia; وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ, "Serulah manusia untuk menjalankan Haji" - (Qs, Al-Hajj : 27). Kaabah adalah rumah yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia:
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِی بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَ هُدًى لِلْعَالَمِينَ
"Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."
(Qs, A-li'Imraan 3:96).
Kaabah sebagai titik pusat dan paksi utama perhatian umat Islam, dan ibadah haji sebagai contoh miniatur skop kepelbagaian dunia Islam, boleh melayani kecemerlangan masyarakat manusia dan kesihatan dan keselamatan semua orang. Haji boleh membawa peningkatan rohani dan moral kepada seluruh umat manusia; Dan ini adalah keperluan penting umat manusia hari ini. Haji boleh membatalkan semua rancangan keangkuhan Zionisme untuk kejatuhan akhlak manusia hari ini dan esok.
Syarat yang diperlukan untuk kesan global ini ialah umat Islam, pada langkah pertama, hendaknya mendengar seruan Haji yang menghidupkan dengan betul dan melakukan yang terbaik untuknya.
Dua asas utama seruan ini ialah "Perpaduan" dan "Kerohanian". Kesatuan dan etika kerohanian adalah penjamin kemajuan material dan spiritual dunia Islam dan pencerahannya kepada semua.
"Perpaduan" bermaksud kedekatannya hati, intelek dan praktikal; Ini bermakna bahawa hati, pemikiran memiki orientasi yang saling berhampiran; Ia bermakna sinergi saintifik dan eksperimen; Ia bermaksud hubungan ekonomi negara-negara Islam; Ini bermakna kepercayaan dan kerjasama negara-negara Islam; Ia bermaksud kerjasama pertahanan dan saling memberi sokongan bantuan antara umat Islam dihadapan musuh langsung dan bersama umat Islam.
Perpaduan bermakna bahawa rancangan musuh tidak boleh mengadu untuk permusuhan mazhab umat Islam, negara, bangsa, bahasa, dan budaya dunia Islam yang pelbagai antara satu sama lain.
Perpaduan bermakna bahawa negara-negara Islam mengenali antara satu sama lain, bukan melalui pengenalan yang dibuat oleh musuh yang menghasut, tetapi melalui komunikasi, dialog dan perjalanan silaturahim; untuk saling memberi kesadaran terhadap kemudahan dan kapasiti masing-masing dan merancang pemanfaatannya.
Perpaduan bermakna bahawa saintis dan universiti dunia Islam berdiri berganding bahu; Ulama-ulama mazhab Islam hendaklah memandang antara satu sama lain dengan niat yang baik, bertolak ansur dan adil serta mendengar kata-kata satu sama lain.
Golongan elit di setiap negara dan setiap mazhab harus membiasakan rakyat dengan persamaan antara satu sama lain dan menggalakkan mereka untuk hidup bersama dan persaudaraan.
Perpaduan juga bermakna bahawa pemimpin politik dan budaya di negara-negara Islam, dengan cara yang diselaraskan, menyediakan diri mereka untuk keadaan susunan dunia baru yang akan datang; menentukan kedudukan Umat Islam yang sepatutnya dalam pengalaman dunia baru, yang penuh dengan peluang dan ancaman, dengan tangan mereka sendiri dan dengan kehendak mereka sendiri; Jangan biarkan pengalaman pahit "kejuruteraan politik dan wilayah Asia Barat di tangan kerajaan Barat selepas Perang Dunia Pertama" berulang kembali.
Kerohanian bermaksud mempromosikan etika agama. Pesona kelakuan anti agama, yang dipromosikan oleh sumber intelektual Barat sejak sekian lama, adalah hasil daripada kejatuhan moral yang tidak terkawal di Barat yang disaksikan oleh semua orang di dunia.
Etika kerohanian dari upacara haji, dari kehidupan sederhana ketika Ihram, penafian keistimewaan khayalan, memberi makan orang miskin; وَ اَطعِمُوا البائِسَ الفَقیر, menghindari perbalahan dan perlakuan khianat; لا رَفَث وَ لا فُسوقَ وَ لا جِدال, dari himpunan seluruh Umat dalam paksi prinsip ketauhidan, dari pelemparan syaitan - (rami jamarat) dan ikrar baroah - pelepasan diri umat Islam dari pelaku kesyirikan.
Saudara dan saudari Haji! Manfaatkan peluang Haji untuk merenung dan menyelami rahsia tugas istimewa ini dan jadikan ia sebagai bekalan sepanjang hayat anda.
"Perpaduan" dan "kerohanian" pada persimpangan masa ini lebih banyak diperlukan daripada masa lalu, kerana terdedahnya masa ini kepada permusuhan dan kemusnahan oleh keangkuhan kuasa global dan Zionisme.
Amerika dan kutub penguasaan angkuh yang lain sangat menentang perpaduan umat Islam, persefahaman bangsa-bangsa, pemerintahan dan kerajaan Islam, religiusitas dan kehidupan berdasakan syariah Islam bagi generasi muda negara-negara ini, dan mereka menentangnya dengan cara yang mereka mampu buat, tentu kewajipan kita semua dan semua negara dan kerajaan Islam adalah untuk menentang rancangan jahat Amerika dan Zionis ini.
Berharaplah pertolongan kepada Allah; untuk kuatkan semangat berlepas diri daripada orang musyrik; Dan menganggap diri anda bertanggungjawab untuk menerbitkan dan mendalaminya dalam persekitaran hidup anda.
Saya berdoa untuk kejayaan semua peserta Haji; memperolehi haji yang diterima dan disyukuri untuk anda, jemaah Iran dan bukan Iran, dan saya berharap untuk doa yang dimakbulkan oleh Hazrat Baqiyah Al-Azam - Imam Al-Mahdi as (yang berkorban jiwa) untuk kita semua.
Salam sejahtera dan semoga Allah merahmatimu semua!
6 Zulhijjah 1444HQ
4 Tir 1402HS