IQNA

Solat Eid Al-Adha di negara-negara Asia

20:02 - June 30, 2023
Berita ID: 3102791
ASIA (IQNA) - Berjuta-juta umat Islam di negara-negara Asia yang berbeza bersolat hari raya Qurban pada pagi hari Khamis 29 Jun dengan penuh kebesaran dan dalam saf yang panjang dan bersambung baris.

Laporan IQNA; Solat Eid Al-Adha ( عید الاضحی) telah diadakan di masjid-masjid di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan selatan Thailand dengan kehadiran berjuta-juta penduduk dari umat Islam negara-negara ini.

Umat ​​Islam di Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Indonesia, seperti umat Islam lain di seluruh dunia, melambangkan kesemarakan Hari Raya Qurban ini.

Mereka mengetahui kehambaan dan ketaatan kepada Tuhan dan mematuhi perintah ilahi dengan melakukan upacara pengorbanan haiwan ternak dengan penuh kesemarakkan.

Juga, berjuta-juta umat Islam Pakistan bersembahyang Eid Al-Adha di masjid dan tempat keagamaan di bandar yang berbeza dengan penuh kebesara dan kesemarakkannya.

Muslim Pakistan di bandar yang berbeza termasuk Islamabad, Karachi, Lahore, Quetta, Peshawar, Rawalpindi, Eskardu dan Parachenar, turut serta dalam solat Eid Al-Adha.

Majlis solat sunat Eid Al-Adha terbesar di Pakistan dihadiri oleh puluhan ribu orang di masjid «فیصل» "Faisal" Islamabad dan masjid «شاهی» "Shahi", yang berada di bandar Lahore, ibu negeri Punjab di timur Pakistan.

Rakyat Pakistan, dengan kehadiran yang besar dalam upacara solat Eid Al-Adha, menunjukkan kesatuan mereka untuk menghadapi musuh Islam dan memperbaharui nazar mereka.

Mereka menunjukkan erti perpaduan nasional dan tradisi Rasulullah tercinta di kota-kota negara ini.

4151248

captcha