Salah satu kaedah pendidikan dalam kehidupan para Nabi Ilahi, khususnya nabi Ibrahim (as), ialah kaedah bertindak atau beramal bertentangan dengan tingkah laku tidak bermoral yang biasa berlaku dalam masyarakat; apabila seseorang menyedari bahawa dia mempunyai akhlak yang buruk dalam dirinya, atau yang ada pada orang lain, maka perlu mengukuhkan tingkah laku atau tindakan yang bertentangan dengan akhlak buruk tersebut.
Sebagai contoh: jika seseorang mengetahui bahawa ada kesombongan dalam dirinya, dia hendaklah merendah diri dalam tindakannya, lama kelamaan rasa sombong dirinya akan hilang.
Seorang pendidik atau Jurulatih hendaklah menyedari sepenuhnya akhlak buruk yang telah dicipta dalam diri murid, kemudian dengan melatih mereka dengan perintah untuk bertindak atau melakukan amalan baik yang bertentangan dengan akhlak buruk itu, akan menyebabkan akhlak buruk itu melemah sedikit demi sedikit sehingga hilang sepenuhnya.
Di dalam Al-Quran, kaedah pendidikan ini juga disebutkan, seperti dalam ayat:
وَلَا تَسْتَوِى ٱلْحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ ۚ ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُۥ عَدَٰوَةٌۭ كَأَنَّهُۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌۭ
"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib". (Qs, Fussilat 41:34).
Menurut ayat ini, seseorang mesti membalas kejahatan dengan melakukan yang sebaliknya, iaitu kebaikan, dan dalam bentuk kejahilan pihak lawan hendaknya membalas dengan ilmu pengetahuan.
Dua contoh telah disebutkan dalam Al-Quran bahawa Nabi Ibrahim as menggunakan kaedah pendidikan ini terhadap orang musyrik :
1. Menentang Namrud
أَلَمْ تَرَ إِلَى ٱلَّذِى حَآجَّ إِبْرَٰهِـۧمَ فِى رَبِّهِۦٓ أَنْ ءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَٰهِـۧمُ رَبِّىَ ٱلَّذِى يُحْىِۦ وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا۠ أُحْىِۦ وَأُمِيتُ ۖ قَالَ إِبْرَٰهِـۧمُ فَإِنَّ ٱللَّهَ يَأْتِى بِٱلشَّمْسِ مِنَ ٱلْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ ٱلْمَغْرِبِ فَبُهِتَ ٱلَّذِى كَفَرَ ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّـٰلِمِينَ
“Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim". (Qs, Al-Baqarah 2:258).
Menurut ayat ini, Namrud mendakwa bahawa hidup dan mati manusia adalah dalam kawalannya. Tetapi Hazrat Ibrahim (as) dengan ayatnya yang bijak, Namrud tidak lagi dapat menutup kebenaran dengan kepalsuan. Nabi Ibrahim (as) bercakap dengan Namrud sedemikian rupa sehingga mendedahkan kelemahan Namrud sebagai Tuhan, dengan gambaran dan ciri-ciri Tuhan yang diminta oleh Nabi Ibrahim (as) kepada Namrud untuk berbuat seperti Tuhan yang diperkenalkan oleh nabi Ibrahim (as).
2. Menentang Azar
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ ءَالِهَتِى يَـٰٓإِبْرَٰهِيمُ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ ۖ وَٱهْجُرْنِى مَلِيًّۭا
قَالَ سَلَـٰمٌ عَلَيْكَ ۖ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّىٓ ۖ -
“Dia (bapa saudaranya) berkata, "Bencikah engkau kepada tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Jika engkau tidak berhenti, pasti engkau akan kurajam, maka tinggalkanlah aku untuk waktu yang lama. - Nabi Ibrahim berkata; selamat sejahteralah atasmu, saya akan memohonkan ampunan untukmu dari Tuhanku". (Qs, Maryam: 46-47).
Makarim Shirazi (مکارم شیرازی) menulis dalam tafsiran Al-Amtsal untuk dua ayat ini: Sebenarnya, nabi Ibrahim (as) menentang keganasan dan ancaman Azar yang berhadapan dengannya, yang malah berjanji memohonkan ampunan kepada Allah untuk Azar.