IQNA

Kaedah pendidikan para nabi / 15 - Nabi Musa (as)

Membenci kerana dibenci Allah dalam kisah Nabi Musa (as)

16:19 - July 24, 2023
Berita ID: 3102908
TEHRAN (IQNA) – Pada asasnya, seseorang tidak boleh mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan semua orang. Sehebat mana pun seseorang, mereka tetap mendapati orang yang bermusuh dengannya atau dia memusuhi orang itu. Oleh itu, terdapat dua ciri dalam hubungan antara manusia: cinta dan benci. Apakah kriteria kita untuk menyayangi orang dan siapa yang harus kita elakkan atau berlepas diri darinya?

Tawala dan Tabara (تولی و تبری) (bersahabat dengan sahabat Allah dan bermusuh dengan musuh Allah) adalah dua prinsip penting dalam urusan agama, iaitu jiwa dan hati seseorang harus dinamik dan hidup serta sentiasa mempunyai pendirian yang tepat mengenai orang yang berbeza di sekeliling. Memandangkan ciri-ciri individu setiap orang mempengaruhi tingkah laku dan tindakannya, memilih orang sebagai kawan dan berminat dengan mereka juga mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan watak diri seseorang.

Dalam bahasa mudah, berlepas diri (Tabara) bermakna menyingkirkan segala yang tidak menyenangkan untuk bersama, dan ia juga bermakna menyingkirkan sesuatu yang tidak berfaedah dan tidak mempunyai petanda kebaikan daripadanya.

Isu "Tawala dan Tabara" «تولی و تبری» atau «حب و بغض» Hubbu dan bughud" - Cinta dan Kebencian" dalam isu moral dan pendidikan adalah penentu dan membawa kepada pembangunan sifat manusia untuk mengelakkan keburukannya. 

Kita baca dalam sebuah hadis daripada Imam Sadiq (as) bahawa beliau berkata kepada salah seorang sahabatnya yang bernama Jabir (جابر) yang bermaksud:
"Setiap kali kamu ingin mengetahui sama ada dalam diri kamu ada kebaikan atau tidak, lihatlah ke dalam hati kamu! Jika hatimu mencintai orang yang mentaati Allah dan membenci orang yang menderhakaiNya, maka kamu adalah orang yang baik dan Allah mengasihi kamu, dan jika orang yang mentaati Allah itu musuh hatimu dan hatimu mencintai orang yang menderhakai Allah, maka tidak ada kebaikan padamu dan Allah membencimu dan manusia bersama orang yang dicintainya".

Hazrat Musa (as) sebagai salah seorang nabi ulul-azmi yang menggunakan kaedah ini (Nabi yang memiliki kaedah risalah - اولوالعزم) dan tidak menyukai Firaun dan keluarganya:

Firaun sangat takut dengan pengaruh tauhid di istananya dan memutuskan untuk membunuh Hazrat Musa (as) supaya menghalang kemajuan Nabi Musa (as) dalam dakwah Tauhid, Firaun berkata: 

وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّه ُإِنِّي أَخَافُ أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ

"Dan berkatalah Firaun (kepada orang-orangnya): "Biarkanlah aku membunuh Musa, dan biarlah dia memohon kepada Tuhannya (meminta pertolongan)! Sesungguhnya aku bimbang dia akan menukar agama kamu, atau ia menimbulkan kerosakan di muka bumi". (Qs, Ghaafir 40:26).

Hazrat Musa (as), yang nampaknya hadir dalam perhimpunan itu, menunjukkan dengan tegas bahawa beliau (as) tidak takut dengan ancaman seperti itu dan beliau percaya kepada Tuhan dan berkata:

وَقَالَ مُوسَى إِنِّي عُذْتُ بِرَبِّي وَرَبِّكُمْ مِنْ كُلِّ مُتَكَبِّرٍ لَا يُؤْمِنُ بِيَوْمِ الْحِسَابِ
"Dan (setelah mendengar ancaman itu) Nabi Musa berkata: "Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah Tuhanku dan Tuhan kamu - dari (angkara) tiap-tiap orang yang sombong takbur, yang tidak beriman kepada hari hitungan amal!" (Qs, Ghaafir 40:27).

Ucapan Hazrat Musa (as) ini jelas menunjukkan bahawa orang yang mempunyai dua sifat ini dianggap sebagai orang yang berbahaya: Sombong dan Kurang iman kepada Hari Kiamat.

Seseorang harus membenci orang seperti itu dan berlindung kepada Tuhan dari kejahatannya. 

Kesombongan diri menyebabkan seseorang tidak melihat apa-apa selain diri dan fikirannya sendiri, memanggil ayat-ayat dan mukjizat Tuhan itu sihir dan menganggap orang yang baik hati sebagai buruk.

Kurangnya iman pada Hari Penghakiman (hari akhirat) menyebabkan tidak ada perhitungan dalam rencana dan pekerjaan manusia, dan bahkan dia berani melawan kuasa Tuhan yang tidak terbatas, dia berperang dengan Nabi Allah meski kekuatannya sangat kecil.

Hazrat Musa (as) memberi penerangan untuk orang ramai dengan kata-katanya dalam ayat tersebut yang menunjukkan sifat-sifat apa yang patut kita tidak suka untuk dimiliki.

captcha