IQNA

Malam keterasingan karavan suci di Iraq + Gambar

22:23 - July 30, 2023
Berita ID: 3102947
IRAQ (IQNA) - Umat Islam Pencinta keluarga suci Nabi besar Muhammad (SAW) di bandar-bandar yang berbeza di Iraq, termasuk Karbala dan Najaf, mengadakan majlis malam kedukaan untuk keterasingan karavan keluarga Aba Abdillah Al-Husain (as) dan para sahabatnya yang syahid pada tarikh 10 Muharram yang diperingati semalam.

Laporan IQNA, memetik Sabrin News; Para pencinta Ahlul-Bayt suci Nabi (SAW) di Iraq semalam, selepas menyertai perkabungan  pada hari Asyura Husaini, mengadakan malam khas untuk memperingati keterasingan karavan keluarga Al-Husain (as) di dataran Karbala.

Pengagum Imam Husain (as) berkabung di Karbala dan beberapa kota di Iraq yang lain dengan menyalakan lilin di jalan-jalan, dan masjid.

Para pelayat Husaini menyertai perkabungan mengenang kesedihan keluarga Al-Husain (as) yang ditawan setelah tragedi  Asyura; Hazrat Zainab Al-Kubra (as), Imam Sajjad (as) dan ahli keluarga beliau yang lain (as).

4159079

captcha