IQNA

Kebimbangan Denmark tentang ancaman al-Qaeda berikutan pembakaran Al-Quran

12:12 - August 17, 2023
Berita ID: 3103021
DENMARK (IQNA) - Menteri Kehakiman Denmark telah mengumumkan bahawa beliau memandang serius ancaman pertubuhan pengganas al-Qaeda untuk menjalankan operasi di negara ini selepas mencemarkan Al-Quran.

Laporan IQNA, memetik Al-Sharrooq (الشروق), Menteri Kehakiman Denmark, Peter Hummelgaard, telah menyatakan bahawa negara ini memandang serius ancaman pertubuhan pengganas al-Qaeda untuk menjalankan operasi di Denmark.

Pada hari Isnin, dilaporkan bahawa al-Qaeda nampaknya telah menyeru umat Islam untuk melakukan serangan sebagai membalas dendam terhadap pencemaran Al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark.

Agensi perisikan domestik Denmark sebelum ini mengesahkan bahawa terdapat ancaman baharu terhadap Sweden dan Denmark sebagai tindak balas terhadap pembakaran naskhah Al-Quran di kedua-dua negara itu.

Menteri Kehakiman mengulangi ceramahnya mengenai hasrat kerajaan untuk mengharamkan pembakaran Al-Quran, tetapi tidak menyatakan secara spesifik apakah langkah-langkah itu.

Sebaliknya, beberapa pihak berhaluan kanan menyifatkan larangan mencemarkan Al-Quran sebagai pencabulan kebebasan bersuara dan telah menentangnya.

“Eropah salah faham mesej kami di Charlie Hebdo,” kata kenyataan yang didakwa diterbitkan di laman web yang dekat dengan al-Qaeda.

Perlu dinyatakan bahawa akhbar satira "Charlie Hebdo" menjadi sasaran serangan maut pada 2015 selepas menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad (SAW), dan al-Qaeda mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Selepas mencemarkan Al-Quran di Sweden dan Denmark, bantahan berleluasa di seluruh dunia khususnya di negara-negara muslim terhadap tindakan itu. Namun begitu, ramai tokoh Islam menegaskan bahawa protes ini tidak seharusnya bertukar menjadi tindakan ganas, kerana dalam hal ini, matlamat mereka yang menghina Al-Quran, iaitu menyemarakkan Islamofobia, akan tercapai.

*Satira (ساتیرا); Karya (prosa atau puisi) yang memper-sendakan atau menyindir orang dll (Kamus Dewan Edisi Keempat).

4162853

captcha