IQNA

Dalam empat bulan pertama 2026

Lebih 420,000 Jemaah Ziarah Melawat Kompleks Quran Madinah

17:00 - April 16, 2026
Berita ID: 3107798
IQNA - Kompleks Percetakan dan Penerbitan Quran Raja Fahd Arab Saudi di Madinah melaporkan lebih daripada 420,000 jemaah haji dan umrah melawat kompleks tersebut dalam empat bulan pertama tahun 2026.

Laporan IQNA, memetik Ahwal 《احوال》; Kompleks Percetakan dan Penerbitan Quran Raja Fahd mencatatkan lebih 420,000 pelawat dalam empat bulan pertama tahun Masihi ini, dan ini merupakan purata lawatan tertinggi sejak kompleks ini dibuka sehingga kini.

Lawatan yang semakin meningkat ini dilaksanakan selaras dengan program khas melawat tempat-tempat bersejarah dan keagamaan untuk jemaah haji dan umrah di Madinah yang berminat untuk mengetahui program dan usaha kompleks dalam bidang perkhidmatan kepada al-Quran serta percetakan dan penerbitan Kalam Wahyu.

Para pengunjung dalam program ini didedahkan dengan koleksi luas hasil terbitan kompleks termasuk terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa dan pelbagai riwayat.

Mengenal pasti peringkat percetakan dan penerbitan al-Quran, daripada persediaan untuk mencetak sehingga pengeluaran akhir mengikut piawaian teknikal tertinggi dan teknologi terkini, merupakan antara program lawatan yang lain.

Program ini disertai dengan pemberian naskhah al-Quran kepada para jemaah, menunjukkan kesungguhan Arab Saudi dalam menyebarkan Kitab Allah dan mengukuhkan hubungan dengannya, serta memberi kesan rohani dan ilmu yang mendalam dalam kalangan pengunjung.

4346193

captcha