
Laporan IQNA; Majlis penutup dan pengumuman keputusan Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Malaysia ke-63 telah diadakan pada petang semalam, 24 Ogos 2023, di Kuala Lumpur.
Berdasarkan ini, Alireza Bizhani, wakil negara Republik Islam Iran, telah memenangi tempat kedua dalam bidang bacaan qiraat. Wakil Malaysia, tuan rumah, memenangi tempat pertama dan wakil Brunei telah memenagi tempat ketiga di dalam pertandingan ini.
Menurut ramai pakar dan profesor, bacaan Alireza Bizhani, yang dipersembahkan pada Selasa, 22 Ogos, hari itu adalah antara bacaan terbaik. Bacaan ini mengujakan penonton di dewan pertandingan sehingga mereka memberikan tepukan gemuruh.