IQNA

Akibat tidak bertolak ansur ibu bapa dalam membesarkan anak

23:09 - August 27, 2023
Berita ID: 3103075
TEHRAN (IQNA) - Jika ibu bapa tegas atau cenderung mengekang dalam apa jua bidang, anak-anak akan menunjukkan tingkah laku yang sebaliknya dan mereka akan bertindak balas apabila remaja dan anak muda berdepan dengan tingkah laku yang mengekang ibu bapanya kembali.

Kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan ibu mereka dan dibesarkan dalam dakapan ibu bapanya. Juga, Tuhan Yang Maha Kuasa telah meletakkan beberapa kehalusan dan kodrat kelembutan dalam sistem kewujudan wanita yang bertanggungjawab terhadap tugas penting dan sulit membesarkan anak.

Apabila asas kehidupan ibu bapa berdasarkan kepercayaan agama dan kepercayaan kepada Tuhan dan mereka mematuhi sebanyak mungkin perintah Islam dalam keluarga dan bersikap hormat-menghormati antara satu sama lain, anak-anak mereka juga akan terikut tumbuh sebagai insan yang berkepercayaan agama dan berkepercayaan kepada Tuhan dan mereka cenderung mematuhi sebanyak mungkin perintah Islam.

Apabila anak perempuan keluarga itu melihat ibunya memakai tudung di luar rumah di hadapan orang yang tidak dikenali sejak awal kanak-kanaknya, dia mengenali ibunya dan menjadikan dia sebagai contoh teladannya, maka anak perempuannya juga sedikit sebanyak akan terikut menjaga tudungnya apabila di hadapan orang yang tidak dikenalinya.

Dalam soal akidah dan iman, anak-anak lebih banyak mencontohi bapa keluarga dan melihat kepada tingkah laku dan prestasi bapa. Walaupun kedua-dua ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi contoh kepada anak-anaknya dalam segala hal, anak-anak mencontohi dan meneladani bapanya dalam soal akidah dan kepercayaan serta betapa dekatnya mereka dengan Tuhan dan akan menjadi ahli solat, apabila bapanya dilihat sebagai orang yang kuat menjaga akidah dan iman dalam beragama dan menjadi ahli solat.

Dewasa ini, berbanding tahun-tahun sebelumnya, peranan ibu bapa dalam keluarga semakin berkurangan dan mereka lebih berperanan menyediakan perbelanjaan sara hidup sedang peranan pendidikan mereka semakin berkurangan. 

Oleh itu, perlu diketahui sekiranya ibu bapa bersikap tegas dan mengekang dalam apa jua bidang, anak-anak akan menunjukkan tingkah laku yang sebaliknya; di usia remaja dan dewasa mereka juga akan berdepan dengan tingkah laku yang sentiasa dikawal ibu bapa dan merasa tidak selesa dan juga mereka akan bertindak balas dengan sikap yang sama terhadap ibu bapakny apabila mereka sudah berusia dewasa dan ibu bapa sudah tidak kuat lagi dan mereka mengekang ibu bapaknya kembali.

Sudah tentu, ibu bapa mempunyai hak untuk mengetahui orang yang berkawan dengan anak mereka, tetapi adalah tidak munasabah untuk menjadi sangat tegas dan mengekangnya. Jika ibu bapa bimbang tentang rakan luar dan rakan sekelas mereka, ibu bapa boleh mengadakan temu bual dan menjemput mereka secara terbuka dan boleh datang melawat bersama anak-anak mereka untuk mengenali kawan mereka dan keluarga kawan mereka dengan lebih dekat memerhati mereka tetapi bukannya terus terlibat dalam isu itu dan menghalang anak-anak mereka untuk berkawan.

*Petikan kata-kata Mahnaz Talebi (مهناز طالبی), pakar psikologi kanak-kanak dan ahli fakulti Universiti Farhanggian (فرهنگیان), dalam temu bual dengan IQNA

captcha