Tidak dinafikan, salah satu keperluan manusia yang paling asas, selepas keperluan biologi seperti air dan makanan, adalah keperluan kasih sayang.
Manusia secara fitrahnya memerlukan kasih sayang dan mempunyai kecenderungan untuk mencintai.
Cinta adalah faktor ikatan dan mewujudkan perpaduan antara manusi. Jika ia tidak wujud, maka tiada hubungan antara manusia yang terjalin dan tiada seorang pun akan memikul beban tanggungjawab dan kehidupan orang lain dan tiada persamaan dan pengorbanan diri dalam kehidupan ini.
Di samping itu, kuasa cinta dalam pendidikan agama juga merupakan kuasa yang membawa kepada perubahan. Jika ia digunakan dengan betul dan sederhana, ia akan memberi kesan yang indah dalam merealisasikan pendidikan yang sempurna.
Kuasa cinta adalah kuasa yang hebat dan berkesan dari segi pendidikan. Sebaik-baik didikan dapat direalisasikan dengan cara ini.
Allah SWT telah menghiasi Nabi yang dikasihinya dengan kaedah kasih sayang dan baginda berjaya dalam pendidikan agama dan manusia dengan kaedah yang sedemikian.
Semestinya perkara ini tidak boleh dilupakan bahawa kepentingan kaedah kasih sayang dalam pendidikan ialah cinta membawa kepada ketaatan dan ia menyebabkan persamaan dan persahabatan.
Sebenarnya, ada hubungan antara cinta dan ketaatan kerana dengan penampilan cinta, ketaatan juga memperoleh warna. Ini bermakna orang yang dalam hatinya tertanam sebuah cinta dia akan menjadi taat dan mengikutnya dan tidak akan mengingkari kehendaknya.
Oleh itu, tiada kaedah yang berkesan seperti kaedah cinta dalam mendidik seseorang dan kaedah pendidikan yang paling berguna adalah berkesan dengan kuasa cinta. Kuasa cinta adalah kuasa yang hebat dan cekap dari segi pendidikan dan pendidikan terbaik adalah merealisasikannya dengan cara ini.
Nabi Musa (as) sangat menyayangi kaumnya sehingga dia terlibat dengan kerajaan pada masa itu, yang merupakan kerajaan yang zalim, untuk menyelamatkan umatnya, Bani Israil. Selepas menyelamatkan Bani Israil, Nabi Musa berkelakuan baik terhadap perangai kaumnya itu yang penuh dengan alasan dan gangguan.
Perilaku penyayangnya tercermin dalam Al-Quran.
Malah, dalam Al-Quran pengaplikasian kaedah kasih sayang seperti penggunaan ungkapan " یا قوم - Wahai umatku" berkali-kali dan dalam hubungan Nabi Musa (as) dengan Allah SWT yang penuh dengan percintaan terdapat penggunaan ungkapan "ربی و ربکم - Tuhanku dan Tuhanmu" dan bukannya "Allah" dan "Tuhan" yang dengan cara ini suasana persefahaman dan simpati terwujud.
Contohnya dapat dilihat dalam Surah Taha:
فَرَجَعَ مُوسَىٰٓ إِلَىٰ قَوْمِهِۦ غَضْبَـٰنَ أَسِفًۭا ۚ قَالَ يَـٰقَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا ۚ أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ ٱلْعَهْدُ أَمْ أَرَدتُّمْ أَن يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُم مَّوْعِدِى ٨٦
"Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?". (Qs, Taha 20:86).